Sebuah acara yang akan memaparkan band-band yang bermain dengan irama Pop-Punk dan Punk-Rock akan diadakan di Purrfect Studio pada 28 June 2025(Sabtu). Bermula dari jam 7.30pm sampai habis, gig ini dinamakan Purrfect Goes Punk Vol.1. Tiket untuk early bird boleh didapati dengan hanya RM40 di link ini dan tiket di hadapan pintu boleh didapati dengan hanya RM50 sahaja. Gig ini dibawakan oleh NO SPACE PRODUCTION.
Dengan edisi pertama Purrfect Goes Punk Vol.1, bagi mereka yang meminati muzik Punk-Rock dan Pop-Punk, gig ini menjanjikan muzik yang bising, riff gitar yang pantas, perjumpaan bersama kawan-kawan lama dan sudah pasti, persekitaran yang membuat anda seperti bersenam kardio.
Lineup yang akan beraksi di pentas Purrfect studio nanti adalah Mono & Saturday Heroes, satu nama yang tidak asing lagi di kalangan peminat muzik Indie underground Kuching kerana mereka telah berkecimpung di dalam scene lokal Kuching semenjak 1996. Mobydick, sebuah band baru dari Kuching dan ini merupakan penampilan pertama mereka di pentas Indie/Underground Kuching. Funny Rabbits, sebuah band yang pada suatu ketika dahulu pernah menggegarkan pentas Blast Off, sebuah rancangan dari Hitz.FM/TV dan mereka akan kembali kali ini dan mengegarkan pentas Purrfect Studio. Happily Ever After, band Punk-Rock yang sudah wujud lebih sedekad di Kuching dan kali ini mereka mula kembali aktif dan menghiburkan peminat muzik Punk-Rock di Kuching. Popang, salah satu daripada band Punk-Rock di Kuching yang dikenali dengan bunyi-bunyian yang agak catchy dan seronok untuk di sing along. Automatic The Remote, satu band yang Punk-Rock yang pasti membawa bunyi yang bertenaga dan irama yang tak putus dan bertenaga. Sequel Revealed, band yang menggabungkan bunyi yang raw dan melodi yang sangan bertenaga dan Radak Nyawa, satu band lokal yang dikenali dengan muzik yang sangat berirama dan kebanyakan lagu mereka, menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri iaitu bahasa Iban dan mereka juga menggabungkan element budaya mereka di temani dengan bunyi Punk-Rock yang bertenaga.
Menurut hebahan akhbar yang di hantar untuk gig ini; gig ini di anjurkan bagi menghimpunkan sekali band-band yang bermain irama Punk-Rock dan Pop-Punk yang sudah lama tidak beraksi dan juga untuk meraikan perkumpulan bersama rakan-rakan di dalam scene muzik. Oleh itu, orang ramai di jemput hadir, tidak kira lah sama ada anda sudah lama berada di dalam scene muzik lokal ataupun baru hendak menerokai scene muzik lokal di Kuching yang sangat indah dan di penuhi dengan kepelbagaian.