Category

Uncategorized

New Release, Uncategorized

MC Wayne, Knowno & Fazz One D Rilis Lirik Video, ‘SAR-A-WAK (VOL.1)’

Duo Rapper yang sudah berjuang lama di dalam scene Hip-Hop Sarawak iaitu Knowno dan MC Wayne telah berkolaberasi meriliskan single berjudul ‘SAR-A-WAK‘ dan lirik video untuk lagu tersebut boleh didapati di platform youtube. Lagu ini turut memaparkan seorang lagi rapper yang mempunyai lirik dan flow unik iaitu Fazz One D.

Sedikit info mengenai MC Wayne, beliau merupakan salah seorang daripada ahli kolektif Hip-Hop yang telah lama wujud di Sarawak iaitu The Family Man dan mereka popular dikalangan peminat muzik Hip-Hop tempatan melalui lagu-lagu seperti Tok Bok Nya, Distrix Tigabelas dan S Kuasa 3, manakala Knowno merupakan lagenda di kalangan scene Hip-Hop Sarawak dengan lagu-lagu seperti Nospen, Matahari, Kisah Cinta Liya dan pelbagai lagi.

Menurut MC Wayne, beliau dengan Knowno pernah berhasrat hendak merakam lagu bersama sejak dari 2007 lagi, namun pada ketika itu mereka hanya berhubung menggunakan SMS dan tidak pernah bersemuka. Mereka juga pernah bersaing antara satu sama lain di dalam scene Hip-Hop Sarawak dan pada tahun 2023, ketika bermain show bersama di Bintulu, Sarawak, itulah merupakan kali bertama MC Wayne dan Knowno berjumpa. Pada saat itu juga lah bermula niat bersama-sama untuk membuat single bersama iaitu ‘Sar-A-Wak‘.

Lagu ‘Sar-A-Wak‘ ini diciptakan dan di arrange oleh beatmaker JRZ dan menurut MC Wayne, ini baru sahaja Vol.1 dan dalam masa terdekat mereka akan meriliskan Vol.2 yang akan menampilkan beberapa rapper-rapper lain yang ada di seluruh Sarawak. Menurut MC Wayne, “Jika ada single Vol.1 muncul, akan ada Vol.2. Untuk Vol.2 sudah siap dirakam menampil­kan rapper yang ada di seluruh Sarawak. Rakaman untuk lagu ini tidaklah mengambil masa yang lama disebabkan masing-masing berpengalaman dalam dunia rakaman. Rakaman me-ngambil masa selama sehari di Studio JRZ tetapi mixing dan mastering mengambil masa seminggu.”

Tambah MC Wayne lagi, “Single ini pasti memberi semangat kepada anak Sarawak yang berada di luar negara disebabkan liriknya menampilkan loghat Sarawak. Saya berharap lagu ini diterima oleh orang Sarawak dan menjadi pengajaran kepada golongan belia. Pesanan saya jagalah adab kita sebagai orang Sarawak.”

Uncategorized

Bunuh Diri di Appleseeds Studio Kuching

Sebuah gig metal iaitu, Death to Decay bakal berlangsung di Appleseeds Studio, Kuching, Sarawak pada 12 Januari 2025 (Ahad), bermula dari jam 6.30pm sampai habis! Gig ini dianjurkan oleh Inferno Stage Entertainment dan akan menampilkan band Bunuh Diri. Mereka merupakan sebuah band Technical Brutal Death Metal dari Kuala Lumpur.

Antara band-band lokal dari Sarawak yang akan turut memeriahkan gig tersebut adalah Kolbenfaust, Rotting Century, Exhale My Ozone, We The Leader dan Needless To Be Forgiven.

Bagi peminat muzik irama Death Metal di Malaysia, band Bunuh Diri bukanlah nama yang asing. Dikenali dengan riff yang kejam, vokal yang ganas dan hentakan drum yang padu, Bunuh Diri bukan sahaja di kenali di pentas Malaysia. Mereka juga banyak bermain di pentas-pentas antarabangsa. Bunuh Diri juga akan menjadi opening band untuk lagenda Death Metal dari Belanda iaitu Sinister, ketika mereka bertandang di Kuala Lumpur pada 24 Januari 2025 nanti.

Jangan lupa untuk menyaksikan Bunuh Diri di Appleseeds Studio, Kuching, Sarawak pada 12 Januari 2025 (Ahad), bermula dari jam 6.30pm sampai habis. Tiket kemasukan pula adalah hanya RM50 di hadapan pintu.

Gig/Concert/Tour/, Uncategorized

Street Punk dari California, Total Chaos di Smoke of Borneo, Kuching

Band lagenda street Punk dari California, Amerika Syarikat, Total Chaos bakal menggegarkan Kuching dengan kehadiran mereka pada 12 January 2025 (Ahad). Bermula dari pukul 1.00pm sehinggalah 4.00pm bertempat di Smoke of Borneo. Band-band lain yang turut sama beraksi pada hari kejadian adalah Turtles Jr dari Bandung Indonesia, Dance On Your Grave(DOYG) dan Korxic dari Kuching Sarawak.

Gig ini dianjurkan oleh Punkcaroba Entertainment dengan kerjasama bersama Inferno Stage Entertainment. Menurut penganjur kepada gig ini, “Gig yang diadakan hanya 3 jam dan menampilkan 4 buah band ini akan menjadi sebahagian dari sejarah scene Punk di Kuching.”

Untuk mendapatkan tiket kemasukan ke gig ini dengan harga pre-sale pada RM85, anda boleh hubungi terus nombor telefon +60128594250. Ataupun boleh tempah terus di website Rudesounds Records. Tiket yang di beli di hadapan pintu pula akan dijual dengan harga RM95

Uncategorized

RELek. di Ruang Acara Lek. Untuk Edisi Metal

Sebuah gig iaitu RELek., bakal berlangsung di ruang acara Lek. pada 14 Disember 2024 (Sabtu) bermula dari jam 9pm sampai habis! Tiket di jual dengan harga hanya RM20. Apa yang menariknya tentang gig ini adalah, akan ada diskaun sebanyak RM5 sekiranya anda datang dengan fully dress-up! Bukan casual, tapi fully dress-up seperti apa-apa sub-culture yang anda suka!

Gig ini merupakan edisi pertama Lek. yang dikenali sebagai “RELek” dan untuk edisi pertama ini, gig ini akan bertemakan muzik dan sub-culture Metal! Muzik metal yang sememangnya dikenali dengan bunyi yang agresif dan bertenaga akan memaparkan 6 buah band yang akan beraksi. Iaitu, We The Leader, Exhale My Ozone, Militant Attack, In Rising Affliction, Morbid Steel, dan Sinus Tachycardia.

Jangan lupa untuk menghadiri gig ini dan sekiranya anda ingin mendapat diskaun RM5, pastikan anda menjadi extra di dalam pemakaian.

Uncategorized

Oufaa, Kamaii feat Tajsastra Rilis Lirik Video R&B, Hip-Hop dan Pop Berjudul “Rindu”

Sebuah lirik video untuk lagu berjudul ‘Rindu‘ oleh Oufaa, Kamaii feat Tajsastra telah di riliskan di channel youtube Oh!fa? TV. Lagu ini adalah adunan campuran pelbagai genre dari R&B, Hip-Hop dan Pop. Selain dari youtube, lagu ini juga boleh didapati di platform streaming seperti soundcloud.

Sedikit info mengenai artis-artis yang terlibat di dalam pembikinan lagu ini. Oufaa dan Kamaii merupakan antara ahli-ahli untuk kumpulan kolektif Hip-Hop Kuching iaitu Tikar Terbang. Bagi peminat-peminat dan follower-follower scene Hip-Hop Kuching atau Sarawak, kumpulan Tikar Terbang adalah antara kumpulan Hip-Hop yang dikenali sebagai sebuah kumpulan yang versatile. Kerana setiap ahli-ahli Tikar Terbang mempunyai cara individu mereka tersendiri didalam karya mereka. Manakala untuk Tajsastra pula, beliau merupakan seorang penulis dan penyajak. Beliau juga pernah meriliskan sajak-sajak beliau dalam bentuk zine. Dengan pengalaman dan bakat peliau sebagai penulis dan penyajak, beliau menambah perisa didalam lagu ‘Rindu‘.

Tajsastra

Check out, lagu ‘Rindu‘ dari Oufaa, Kamaii dan Tajsastra dan jangan lupa like, subscribe dan follow mereka di setiap platform media sosial.

Lagu ini di rekodkan di Kamalstudio, di mix dan master sendiri oleh Kamaii dan lirik video pula di buat sendiri oleh Oufaa.

Uncategorized

Dreamscape Music 2024, di Dewan Sri Bunga Rampai

Sebuah acara muzik akan berlangsung di Dewan Sri Bunga Rampai Kuching iaitu Dreamscape Music 2024 pada 1 Disember 2024 (Ahad), bermula jam 2.00pm sampai habis! Dreamscape Music 2024 merupakan sebuah acara muzik yang menampilkan band-band Indie lokal dari Sarawak. Kebanyakan band-band yang beraksi pada acara ini adalah mereka yang pernah dan sudah mengeluarkan material masing-masing sama ada dalam bentuk EP ataupun Album.

Antara band-band yang akan membuat persembahan pada acara ini adalah Meruked, Pinanak Sentah, Dream Machine, Viceroyz, Dance On Your Grave, Kolbenfaust, Rey//Rey, Narrathief, Ethnic Transmission, Kelibat, dan lagenda Post-Grunge Malaysia, iaitu Dead Mushroom. Apa yang menariknya tentang band ini, selain daripada band-band yang bermain genre-genre yang berlainan, bahasa-bahasa yang di gunakan oleh band-band yang akan bermain juga adalah bervariasi. Ada band yang memainkan lagu dalam bahasa Bidayuh, Iban, Melayu, Hokkien, Mandarin, dan sudah tentu dalam bahasa English juga.

Acara muzik ini adalah dianjurkan oleh Domination D’ Event dengan kerjasama bersama Punkcaroba Records, iLassoTickets, dan Cats.FM. Acara ini juga mendapat sokongan daripada Kementerian Komunikasi Malaysia, dan MyCreative Ventures.

Tiket pula dijual dengna harga RM70 untu pre-sale dan RM80 untuk kemasukan dihadapan pintu. Untuk tempahan tiket pula boleh dilakukan secara di atas talian dengan layari laman web www.ilassoticket.com/dreamscapemusic, atau anda juga boleh mendapatkan tiket secara fizikal di tempat-tempat rasmi yang menjual tiket Dreamscape Music di Music Outlet di Emporium Branch, Bandat Record Store di Jalan Carpenter, Appleseed Jamming Studio di Satok atau di HeavySoul Vintage Shop di Riverside Mall. Anda juga boleh menghubungi nombor 012-8503250 untuk pertanyaan terus atau untuk sebarang maklumat lanjut mengenai acara ini.

Gig/Concert/Tour/, Uncategorized

Parti Halloween di Think & Think di Anjurkan oleh Eden Revel

Sebuah party sempena hari Halloween akan di anjurkan di Think & Tink oleh Eden Revel dan di sponsor oleh Max & Match pada 1 November 2024 (Jumaat). Acara ini dinamakan Dance of The Dead dan para pengunjung digalak kan untuk mempamerkan kostum-kostume terbaik mereka untuk parti ini. Dj yang akan menghiburkan para pengunjung untuk acara ini adalah Dj Chonky. Parti ini akan bermula tepat jam 6pm sehingga habis!

Akan ada pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh acara ini dan antaranya adalah pakaian terbaik, rumah hantu, dan berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah. Tiket dijual dengan hanya serendah RM30 untuk pre-sale, dan RM40 di hadapan pintu. Antara vendor-vendor makanan yang akan berada di hari kejadian pula adalah PuffLab, Mugsworth Tavern dan Tongg Restaurant.

Untuk mendapatkan maklumat bagaimana hendak mendapatkan tiket pre-sale, boleh lah hubungi page Instagram Eden Revel.

Gig/Concert/Tour/, Uncategorized

Acara Sick Fast Loud dan Electroviolence, Meraikan Muzik Ekstreme dan Noise Selama 3-Hari Berturut-Turut

Sick Fast Loud, sebuah gig yang bertemakan muzik-muzik keras dari band-band underground di sekitar Malaysia kembali lagi di edisi yang ke-8. Di anjurkan oleh Punkcaroba Records, acara ini akan di adakan di Backdoor Studio yang terletak di Jalan Stutong pada 26 & 27 September 2024(Sabtu dan Ahad) bermula dari jam 4pm sampai habis!. Apa yang menariknya tentang acara ini, akan ada satu acara tambahan yang juga merupakan pre-show untuk Sick Fast Loud. Sebuah acara yang bernama Electroviolence pada 25 Oktober 2024 (Jumaat). Sebuah kolaberasi antara Punkcaroba dengan Thermal Shadow. Acara ini merupakan acara yang memaparkan band-band dan artis-artis yang memainkan muzik-muzik yang bergenrekan Noise, Industrial dan sewaktu dengannya. Acara ini pula akan di adakan di ruang acara VIBIN’ by Lek. bermula dari jam 8pm sampai habis!

Untuk tahun 2024, Sick Fast Loud edisi ke-8 ini akan memaparkan pelbagai band dari pelbagai bunyi-bunyian dari extreme ke eletrik. Antara nya adalah Slaughter Table, Declining Rate, Clangour, Baksidik, Dance on Your Grave, Bronco Buster, Kolbenfaust, Perpetual, Drunkpig, Borgore, Occult Dawn, Apparatus, Korxic. Manakala untuk pre-show pula akan memaparkan Slaughter Table, Declining Rate, Clangour, Electra House, dan Lord Ajyp sebagai penutup untuk after party.

Tiket kemasukan untuk Sick Fast Loud adalah hanya RM40 untuk kemasukan sehari dan RM70 untuk 2 hari. Manakala untuk pre-show Electroviolence Vol.1 pula tiket di jual dengan hanyalah RM25.

Poster Sick Fast Loud Vol.8
Poster Electroviolence Vol.1

Uncategorized

Festival Seni Digital di IDECS 2024: Mempamerkan Inovasi Melalui Seni dan Teknologi

Pada hari Rabu dan Khamis 16 & 17 Oktober 2024 sempena dengan International Digital Economy Conference Sarawak 2024 (IDECS 2024) yang akan di hostkan oleh kerajaan negeri Sarawak dengan penganjuran bersama Sarawak Digital Econmy Corporation (SDEC), Sarawak Multimedia Authority (SMA), dan SAINS di Borneo Convention Center Kuching (BCCK) akan memaparkan Digital Arts Festival: Showcasing Innovation Through Art and Technology.

Menurut Dr. Khairul Hafiz Sharkawi, yang juga merupakan Lead Secretariat untuk IDECS 2024, “Kami sangat teruja untuk berkerjasama dengan HAUS KCH untuk mementaskan kumpulan-kumpulan artists dan pencipta untuk IDECS 2024. Tujuan acara ini adalah untuk menyerlahkan kepentingan inovasi kreatif didalam membentuk masa depan ekonomi digital. Dengan menggabungkan unsur budaya tradisional dengan teknologi moden menggambarkan komitment kami didalam memupuk kelestarian penggunaan AI dan selaras dengan matlamat Sarawak di dalam ekonomi digital.

Curl Form oleh Azarikh dari Kuala Lumpur

Acara ini bakal mempamerkan pameran seni yang memberangsangkan minda, “Does AI Dream of Electric Mouse Deer? (DAIDEM)“. Pameran ini mendapat inspirasi daripada tema novel oleh Philip K. Dicks iaitu Do Androids Dream of Electric Sheep? di mana ia menerokai garisan-garisan kabur antara yang benar dan tiruan. Para pengunjung akan dapat menyelami dan mengalami koleksi pelbagai media baru dan membayangkan imaginasi senario di masa hadapan di dalam pengadunan budaya, persekitaran dan seni digital.

Acara ini akan memaparkan lebih daripada 30 artist dari timur dan semenanjung Malaysia, Perancis dan China. Artist-artist ini adalah Alimy, Art:Tech, Azarikh, Cerikapak, Claudia Song Mei Ling, Crystal Amira, Futuresigner, Grasshopper, Hu Jueling, Jérémy Griffaud, Kicau-Bilau, Letterhythm, Low Pey Sien, Moonlit Hour Studio, Muizz Dicky, Nessy Voon, Nini, Noemosyen, Perempuan Melawan Art, Raito Low, Rahaf Elmahdy, Rakan Animations, Raymond Lee, Rias Sofiyah, Spaciestarz, Titik Buta, Tristan Lo, Vasflow, Zhonk Vision, dan Zoooomorphism. Acara ini juga akan dimeriahkan dengan ambien dan muzik eksperimentasi oleh Kretek, seorang DJ dari Kuching.

Tristan Lo’s ‘Tending To The Garden Of Infinity’. — EUGENE KONG

Syed Rusydie, yang juga merupakan projek manager dan juga kurator untuk DAIDEM menyatakan, “Seperti ramai rakan-rakan kita di Sarawak yang juga merupakan pemain industry kreatif, saya berharap kita dapat merapatkan jurang antara komuniti kreatif dengan pelbagai disiplin seni kreatif yang lain. DAIDEM dapat memastikan ini adalah dapat dilakukan dengan menggabungkan pelbagai jenis seni dari penggiat-penggiat seni dan juga komuniti-komuniti kreatif dari seluruh Malaysia. Tambahan pula, dengan penglibatan dari rakan-rakan seni kami dari negara-negara lain seperti dari Perancis dan China, perkara ini dapat dilakukan di IDECS 2024 dengan tema Sustainable AI Practices. Kami mengucapkan terima kasih kepada Huawei Malaysia dan IDECS kerana memberi kami peluang untuk memainkan peranan kami ke arah menangani kemungkinan akan masa hadapan di dunia digital dengan perkara-perkara kreatif.” Syed Rusydie dan Abdul Shakir dari Filamen merupakan kurator untuk DAIDEM.

SeniKripto oleh Letterhythm dari Kuching

Digital Art Festival ini merupakan kolaberasi produksi yang dipimpin oleh HAUS KCH serta Seni Kita dan disokong oleh kumpulan-kumpulan kreatif seperti Filamen, Zass Puravida, Odd Job Co, Carya Kolektif, NWHR dan UGM.My.

Akses untuk pameran ini adalah PERCUMA! Orang awam dari setiap barisan umur dan latar belakang di jemput untuk hadir ke acara yang akan berlangsung selama 2 hari ini bersama-sama dengan keluarga dan rakan-rakan.

Uncategorized

Brainer Rilis EP Electronic ‘Tangerine Dreams’

Brainer, seorang Dj underground dari bandar raya Kuching baru sahaja meriliskan EP terbaru beliau, iaitu ‘Tangerine Dreams‘. Gaya muzik yang terdapat di dalam Ep ini adalah bergenrekan muzik House secara amnya dan boleh di dapati di setiap platform striming.

Sedikit info mengenai Brainer. Nama sebenar beliau adalah Ryan dan beliau mula aktif melibatkan diri dalam scene underground Dj di Kuching Sarawak semenjak tahun 2018. Minat beliau di dalam muzik bermula dengan muzik-muzik seperti Rock dan Metal. Selepas itu, skop muzik beliau mula membuat transisi ke Indie dan muzik elektronik. Dari situ, beliau mula di perkenalkan dengan seni Dj dari kawan beliau dan mulai dari situ lah, beliau mula melibatkan diri di dalam dunia Dj. Brainer juga merupakan salah seorang daripada founder untuk NWHR. Sebuah kolektif muzik elektronik yang ditubuhkan pada tahun 2019 bersama-sama dengan beberapa Dj-dj underground lain seperti Kretek, Hadiid dan Heuremin.

Beliau juga telah mula melibatkan diri di dalam produksi muzik dan banyak bereksperimentasi dengan pelbagai genre. Ep Tangerine Dreams ini merupakan langkah pertama Brainer dalam menceburi bidang produksi muzik dan dijangkakan akan meriliskan lebih banyak muzik di masa hadapan klak. Selain banyak bermain di beberapa gig pop-up di sekitar Kuching, Brainer juga pernah bermain di beberapa festival seperti di Sunbear 2022, Songwak 2024, beberapa gig di sekitar semenanjung Malaysia dan beliau juga merupakan resident Dj di Zinc Restaurant.

Check out, Ep pertama dari Brainer Tangerine Dreams yang boleh di dapati di platform Spotify, YouTube Music dan sebagainya!