Pada hari Rabu dan Khamis 16 & 17 Oktober 2024 sempena dengan International Digital Economy Conference Sarawak 2024 (IDECS 2024) yang akan di hostkan oleh kerajaan negeri Sarawak dengan penganjuran bersama Sarawak Digital Econmy Corporation (SDEC), Sarawak Multimedia Authority (SMA), dan SAINS di Borneo Convention Center Kuching (BCCK) akan memaparkan Digital Arts Festival: Showcasing Innovation Through Art and Technology.
Menurut Dr. Khairul Hafiz Sharkawi, yang juga merupakan Lead Secretariat untuk IDECS 2024, “Kami sangat teruja untuk berkerjasama dengan HAUS KCH untuk mementaskan kumpulan-kumpulan artists dan pencipta untuk IDECS 2024. Tujuan acara ini adalah untuk menyerlahkan kepentingan inovasi kreatif didalam membentuk masa depan ekonomi digital. Dengan menggabungkan unsur budaya tradisional dengan teknologi moden menggambarkan komitment kami didalam memupuk kelestarian penggunaan AI dan selaras dengan matlamat Sarawak di dalam ekonomi digital.“
Acara ini bakal mempamerkan pameran seni yang memberangsangkan minda, “Does AI Dream of Electric Mouse Deer? (DAIDEM)“. Pameran ini mendapat inspirasi daripada tema novel oleh Philip K. Dicks iaitu Do Androids Dream of Electric Sheep? di mana ia menerokai garisan-garisan kabur antara yang benar dan tiruan. Para pengunjung akan dapat menyelami dan mengalami koleksi pelbagai media baru dan membayangkan imaginasi senario di masa hadapan di dalam pengadunan budaya, persekitaran dan seni digital.
Acara ini akan memaparkan lebih daripada 30 artist dari timur dan semenanjung Malaysia, Perancis dan China. Artist-artist ini adalah Alimy, Art:Tech, Azarikh, Cerikapak, Claudia Song Mei Ling, Crystal Amira, Futuresigner, Grasshopper, Hu Jueling, Jérémy Griffaud, Kicau-Bilau, Letterhythm, Low Pey Sien, Moonlit Hour Studio, Muizz Dicky, Nessy Voon, Nini, Noemosyen, Perempuan Melawan Art, Raito Low, Rahaf Elmahdy, Rakan Animations, Raymond Lee, Rias Sofiyah, Spaciestarz, Titik Buta, Tristan Lo, Vasflow, Zhonk Vision, dan Zoooomorphism. Acara ini juga akan dimeriahkan dengan ambien dan muzik eksperimentasi oleh Kretek, seorang DJ dari Kuching.
Syed Rusydie, yang juga merupakan projek manager dan juga kurator untuk DAIDEM menyatakan, “Seperti ramai rakan-rakan kita di Sarawak yang juga merupakan pemain industry kreatif, saya berharap kita dapat merapatkan jurang antara komuniti kreatif dengan pelbagai disiplin seni kreatif yang lain. DAIDEM dapat memastikan ini adalah dapat dilakukan dengan menggabungkan pelbagai jenis seni dari penggiat-penggiat seni dan juga komuniti-komuniti kreatif dari seluruh Malaysia. Tambahan pula, dengan penglibatan dari rakan-rakan seni kami dari negara-negara lain seperti dari Perancis dan China, perkara ini dapat dilakukan di IDECS 2024 dengan tema Sustainable AI Practices. Kami mengucapkan terima kasih kepada Huawei Malaysia dan IDECS kerana memberi kami peluang untuk memainkan peranan kami ke arah menangani kemungkinan akan masa hadapan di dunia digital dengan perkara-perkara kreatif.” Syed Rusydie dan Abdul Shakir dari Filamen merupakan kurator untuk DAIDEM.
Digital Art Festival ini merupakan kolaberasi produksi yang dipimpin oleh HAUS KCH serta Seni Kita dan disokong oleh kumpulan-kumpulan kreatif seperti Filamen, Zass Puravida, Odd Job Co, Carya Kolektif, NWHR dan UGM.My.
Akses untuk pameran ini adalah PERCUMA! Orang awam dari setiap barisan umur dan latar belakang di jemput untuk hadir ke acara yang akan berlangsung selama 2 hari ini bersama-sama dengan keluarga dan rakan-rakan.