Sebuah acara sukan extreme iaitu CanRoll: Pro Action Sports Festival akan berlangsung di Waterfront Central Kuching pada 23 – 25 May 2025(Jumaat – Ahad). Kemasukan adalah percuma! Acara ini akan menggabungkan sukan ekstreme, makanan, gaya hidup, muzik dan budaya belia, semuanya di dalam satu acara. Acara ini dianjurkan oleh Canard Group .

Acara ini dianjurkan khas untuk peminat-peminat sukan ekstreme seperti Skateboard, Roller Blade, Riders, pencipta kandungan(content creators) dan siapa-siapa sahaja yang mempunyai semangat yang mendalam untuk apa-apa perkara yang mereka lakukan.

Menurut Nik Mohd Suhaily, yang juga merupakan founder untuk Canard Media, “CanRoll adalah bukan sekadar festival, ia adalah gerakan budaya. Kami membawa ekspresi belia, sukan lasak, dan keusahawanan tempatan untuk bersama-sama berada pada satu platform yang berkuasa.

Acara ini mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif & Seni Persembahan Sarawak, Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan(MySED), dan banyak lagi. CanRoll 2025 sedang membentuk menjadi salah satu acara yang paling dinanti-nantikan oleh belia pada tahun ini.

Jangan lupa untuk datang ke Waterfront Central Kuching pada 23-25 May 2025(Jumaat – Ahad) untuk acara ini dan jangan lupa bawa kawan-kawan, keluarga dan teman, kerana kemasukan adalah PERCUMA!