Peninju Sarawak, Daeloniel McDelon Bong, atau lebih dikenali sebagai Kilat Boy, bakal menghadapai cabaran yang terbesar di dalam karier beliau pada 30 Ogos 2025(Sabtu) nanti apabila beliau akan bertemu dengan peninju Thailand untuk berrebut gelaran WBC Asia Continental Super Bantamweight di N9 Arena, di Nilai, Negeri Sembilan.

Saya berehat lama selepas perlawanan terakhir di Johor pada Februari lalu. Alhamdulillah, selepas rawatan dan rehabilitasi, saya kini berada dalam kondisi terbaik untuk perlawanan ini,” kata Kilat Boy pada sesi sidang media di TVS.

Aizal (Kiri) Kilat Boy (tengah), M Mikail Ghazali (kanan)

Sekiranya beliau berjaya menang pada perlawanan di 30 Ogos nanti, Kilat Boy telah menggenggam 3 gelaran juara. Gelaran seterusnya yang Kilat Boy impikan adalah tali pinggang WBC Gold sebagai langkah seterusnya ke arah pentas dunia. Bagi memastikan impian beliau dan membawa nama Sarawak dan Malaysia ke persada dunia dalam bidang tinju, Kilat Boy turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Sarawak, TVS dan pasukan produksi Biak Ijal yang telah menyediakan lagu tema khas sempena perlawanan Kilat Boy pada 30 Ogos nanti. Dengan sokongan daripada Rentap Gym, TVS dan sponsors lain, perkara ini akan lebih memudahkan perjalanan Kilat Boy di dalam membawa nama Sarawak dan Malaysia lebih di kenali di persada dunia tinju.

Lagu tema Kilat Boy

Apa yang menarik nya pada 30 Ogos nanti, Kilat Boy akan memasuki gelanggang dengan menggunakan lagu khas yang di cipta untuk beliau yang di tulis oleh kumpulan Rapper Sarawak iaitu Biak Ijal. Ahli-ahli biak Ijal adalah terdiri daripada Irfan Aniq, Ziji.Q, NoFik dan Emansushii. Manakala producer pembuatan beat untuk lagu ini pula di buat oleh nicXL. Kilat Boy merupakan antara peninju lokal yang mempunyai lagu entrance beliau sendiri.

Menurut CEO Twin Championship Mohd Fitri Omar, “langkah kita seterusnya adalah untuk Kilat Boy mencabar gelaran WBC Asia Continental. Kita tak nak beliau rehat terlalu lama, sebab kita hendak beliau mengintai kepada WBC Gold pada tahun hadapan. Matlamat kita untuk tahun hadapan adalah jelas, kita ingin mempersiapkan Kilat Boy untuk kejohanan dunia dan sebagai promoter, saya betul-betul hendak melihat salah seorang daripada peninju kita akan dapat beraksi di pentas antarabangsa. Insya-Allah.

Perlawanan Kilat Boy akan berlangsung di N9 Arena di Nilai, Negeri Sembilan dan boleh di tonton secara langsung menerusi TVS channel 122, di MYTV, Unifi TV, Astro Arena serta di laman web tvsarawak.my.

CEO Twin Championship Mohd Fitri Omar