Sebuah gig Metal iaitu ‘Sarawak Brutal Assault 2025‘ akan berlangsung pada 30 November 2025 (Sabtu) bertempat di ABM HALL, CIDB Kuching Semariang, atau di kenali sebagai Akademi Binaan Malaysia. Gig ini akan bermula dari jam 2pm sampai habis! Gig ini di anjur oleh Black Anchor dengan kolaberasi bersama Punkcaroba Entertainment dan akan memaparkan beberapa band-band yang memainkan muzik metal dan sub-genre-sub-genre Metal yang pelbagai.

Antara band-band yang akan membuat persembahan pada gig ini nanti adalah Exhale My Ozone, Kolbenfaust, Hemewrath, Haram Jadah, Herriot, Extreme Decay, Mentally Murdered, Senseless, Langsuir dan Benighted dari Perancis.

Terdapat pelbagai vendor yang terdapat pada acara ini seperti booth-booth merchandise, booth-booth makanan dan pelbagai lagi. Tiket akan di jual pada harga RM80 dan boleh didapati di platform online di link ini. Orang ramai juga boleh menempah tiket dengan hubungi terus nombor 012-8503250.

Kepada peminat-peminat muzik bergenrekan Metal, ayuh ke acara ini dan bawa rakan-rakan bersama!