Bersempena dengan acara acara tahunan setiap Oktober iaitu What About Kuching (WAK), akan berlaku satu acara muzik iaitu ‘NOISEKREG IN KCH‘. Gig ini di anjurkan oleh Punkcaroba Records dan mereka merupakan antara event organizer (EO) yang kerap membuat gig-gig underground di sekitar Kuching. Gig ini akan berlangsung pada 26 Oktober 2025 (Ahad), bermula dari 7.00pm sampai habis bertempat di Purrfect Studio, Kuching.

Gig ‘NOISEKREG IN KCH‘ akan menampilkan enam buah band yang akan bermain dengan pelbagai genre dari Hardcore, Punk serta Metal dan mereka datang dari pelbagai tempat di sekitar rantau Asia Tenggara. Band-band tersebut adalah, Mair dari Indonesia, Serangga, Dance on Your Grave, Sinus Tychcardia, Torture of Agony, dan Loislane.

Acara ini dianjurkan bagi meraikan semangat komuniti muzik di dalam scene D.I.Y(Do It Yourself) Hardcore Punk dan Metal serta memperkukuhkan jaringan antara pemuzik tempatan dan antarabangsa. Gig ini juga sejajar dengan objektif Festival What About Kuching di dalam meraikan seni, budaya dan kreativiti masyarakat setempat.

Tiket di hadapan pintu di jual dengan harga RM50 dan orang ramai di jemput untuk menghadiri gig ini dengan membawa rakan-rakan, ahli keluarga, teman-teman dan sebagainya. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai acara ini, boleh lah follow laman media sosial Punkcaroba Records dan Purrfect Studio, Kuching.