Sebuah gig bersempena dengan tarikh Halloween iaitu Kill City 1, anjuran 93K IN PAIN bakal berlangsung di Backdoor Studio pada 31 Oktober 2025 (Jumaat) bermula dari jam 7.00pm sampai habis! Di sebabkan gig ini di anjurkan pada hari Halloween iaitu pada 31 Oktober, tiket dijual dengan harga RM30 untuk mereka yang berpakaian biasa dan di jual dengan harga RM20 sekiranya anda datang dengan kostum Halloween.

Gig ini merupakan debut untuk 93K IN PAIN di dalam penganjuran gig dan mereka telah berkerjasama dengan Rajadubai dan Skon Crew bagi memastikan kelancaran gig ini dapat dilakukan. Antara band-band yang akan membuat persembahan pada gig ini nanti adalah Save The Soul, Path To Survive, No.Mo, H&L, Selipar Jipun, Yobeh, dan sebuah band yang tidak dinyatakan. Menurut hebahan akhbar yang di hantar untuk gig ini, secret set ini adalah daripada sebuah band baru dan akan di dedahkan pada hari kejadian itu nanti.

Pesanan daripada penganjur, anda semua adalah di galakkan untuk memakai kostum apa-apa sahaja untuk gig ini kerana ini adalah gig Halloween. Tetapi sekiranya anda tidak mahu berkostum pun tidak apa. Anda boleh masuk ke gig ini dengan hanya RM30 sahaja.

Ayuh, khabarkan dengan rakan-rakan, keluarga, teman-teman istimewa, jum datang ke gig Kill City 1 ini dan bersama-sama kita memeriahkan scene muzik underground lokal! Lesgo!