Sebuah acara yang akan berlangsung selama dua hari iaitu Sounds Good Feels Good(SGFG) akan kembali pada 29 – 30 November 2025 (Sabtu & Ahad), bertempat di Smoke of Borneo, bermula dari jam 2.00pm sampai 10.00pm. Acara selama 2 hari ini bakal menampilkan 19 buah band yang terdiri daripada band-band tempatan dari Sarawak dan luar Sarawak.

SGFG kali ini akan menampilka sebanyak 19 buah band dan mereka adalah Straight Answer, Centipede, Maddame, Measmata, Beyond The Misguided, Sullivan, Kolbenfaust, Exhale My Ozone, Viceroyz, Roses Are Black, Wp.SHH, Torture of Agony, Bunch of People, Kolbenfaust, Hey! Leave A Message, Garbage Diary, H&L, Dance on Your Grave, Sinus Tachycardia, Wounded Flame dan Selipar Jipun.

Setiap band-band yang membuat persembahan nanti adalah terdiri daripada pelbagai genre, dari irama Pop sehinggalah ke irama Hardcore, Punk dan Metal. Menurut penganjur, acara ini dianjurkan dengan bertujuan agar orang ramai yang menghadiri nanti sudah tentu mempunyai minat muzik yang pelbagai. Dengan menghubungkan band-band yang bermain berlainan genre, orang ramai akan dapat merasai pengalaman yang berbeza dan menarik dan mungkin akan dapat menarik lebih ramai peminat-peminat baru untuk band-band yang membuat persembahan nanti.

Untuk menempah tiket, boleh lah tempah di link Google Drive ini. Tiket pre-sale di jual dengan hanya RM60 untuk 2 hari dan dijual sehingga 28 November 2025(Jumaat) dan tiket di hadapan pintu di jual dengan harga RM70 untuk satu hari.

Ayuh, datang ke gig 2 hari ini dan bawa lah rakan-rakan anda bersama, berkawan, berkenalan dan tambah lah kawan-kawan anda.
