Penyanyi dan juga penulis lagu Fhelora telah meriliskan muzik video debut beliau berjudul ‘Bitter W8her‘ di platform youtube.

Sedikit maklumat tentang Fhelora, lahir pada tahun 1998, beliau berasal dari Kuching, Sarawak Malaysia dan merupakan penyanyi dan penulis lagu. Beliau mengambil kelas guitar ketika berusia 11 tahun dan banyak mendengar lagu-lagu pop dan rock dari era 90an. Namun inspirasi utama beliau di dalam ingin membuat muzik adalah datang dari Taylor Swift. Lagu pertama yang beliau cipta adalah ‘Mistery Guy’ namun lagu itu tidak di rekod dan beliau hanya menyanyikan lagu itu di depan ibu beliau.

Salah satu cara untuk saya membuang segala pemikiran dan perasaan negatif yang ada adalah melalui menulis segala-gala nya di dalam buku nota saya dan mengubah ia menjadi lagu.‘ – Fhelora.

Ketika di sekolah menengah lagi Fhelora sudah melakukan beberapa persembahan bersama rakan-rakan sekolah beliau dan pada tahun 2017 beliau mula membuat akaun YouTube dan mula megepost lagu-lagu dan demo-demo beliau di sana. Setahun kemudian, beliau dan rakan beliau Deck Zeak telah melakukan persembahan di event ‘Global Village 2018‘ di University Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Ketika musim Covid-19 mula melanda dan dunia di dalam kuarantine, peluang ini telah di ambil sepenuhnya oleh Fhelora untuk menumpukan sepenuh perhatian beliau dalam muzik dan masa tersebut di gunakan sepenuhnya oleh beliau untuk mengkompose dan mencipta lagu.

Hasilnya, beliau telah membuat lagu Bitter W8her. Lagu tersebut adalah inspirasi daripada salah seorang rakan yang rapat dengan beliau yang ketika musim kuarantine, terasa amat tertekan dan sunyi disebabkan oleh keadaan semasa.

Fhelora akan meriliskan 3 buah lagu lagi dalam tahun ini dan kebanyakan lagu beliau adalah inspirasi dari Lauren Cimorelli, Beabadoobee, Kailee Morgue dan sewaktu dengannya.

Checkout muzik video Fhelora – Bitter W8her di bawah. Jangan lupa, subscribe, like dan share di media platform kalian!

Song by Fhelora

Mix and Mastered by Ivan J

MV by Alissa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *