Tag

Fhelora

New Release

Penyanyi Alternative Pop-Rock, Fhelora Rilis Muzik Video ‘Blame On Me’

Penyanyi yang memainkan irama Alternative Pop-Rock iaitu Fhelora kembali dengan muzik video terbaru iaitu ‘Blame On Me‘ yang boleh ditonton dan dengar di platform YouTube dan setiap streaming platform. Lagu ini menggabungkan irama Pop-Rock dan Pop-Punk. Di tulis oleh Fhelora sendiri dan di produce oleh The Flying Colours Studio. Peralatan untuk pembikinan muzik video ini di sediakan oleh Ivan Johannes dan Fhelora sendiri. Muzik video pula adalah oleh Mary Deborah.

Lagu ini menurut hebahan akhbar yang di hantar oleh Fhelora adalah bertemakan tentang tidak dilayan dengan adil, di pandang rendah oley orang ramai, dan masalah emosi, terutamanya kepada mereka yang sudah berada di alam pekerjaan atau mereka yang bekerja di sektor perkhidmatan pelanggan. Dengan lirik yang di tujukan secara terus dan tanpa berkias-kias, Fhelora telah berjaya menangkap kekecewaan yang dihadapinya ketika berdepan dengan orang yang menganggap diri mereka adalah lebih bagus daripada orang lain. Lagu ini juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang merasakan diri mereka yang berada di dalam persekitaran toxic dan juga terpaksa bertahan dan berdiam di dalam keadaan tersebut untuk apa-apa sebab peribadi.

Sedikit info mengenai Fhelora, beliau merupakan seorang artis yang muziknya bermain dengan bunyi-bunyian Alternative Pop-Rock. Inspirasi muzik beliau adalah artist seperti Kailee Morgue, LOLO, Beabadoobee, dan sewaktu dengannya. Lagu-lagu yang di tulis oleh Fhelora kebanyakannya adalah di tulis secara terus dari apa yang beliau rasa secara peribadi dan sudah pastinya ramai yang boleh merasai kaitannya dengan diri sendiri.

Jangan lupa untuk dengar lagu ‘Blame On Me‘ di setiap streaming platform dan tonton video lagu tersebut di YouTube. Jangan lupa like, subscribe dan follow page Fhelora!

New Release

Fhelora Rilis MV Animasi, ‘Wallflower’

Fhelora, penyanyi dari Kuching Sarawak ini kembali mengeluarkan single terbaru beliau yang berjudul ‘Wallflower’. Fhelora yang sebelum ini muncul dengan MV ‘Bitter W8her‘ dan ‘Alien‘, kali ini muncul dengan dengan MV animasi pula.

Menurut Fhelora, beliau mendapat inspirasi untuk menulis lagu ini ketika menonton filem ‘The Perks of Being a Wallflower‘. Lagu ini sepatutnya di rekod pada tahun lepas, tetapi disebabkan semester yang padat dan kekangan masa yang tidak mengizinkan, rancangan untuk menghabiskan lagu ini terpaksa di tangguhkan ke 2021.

Lagu ini menceritakan tentang seorang gadis yang introvert dan menghadapi pelbagai masalah serta cabaran. Tetapi tanpa mengira kesukaran yang menimpa, gadis ini lebih gemar untuk meluangkan masa bersama kekasih beliau daripada berjumpa dan bergaul dengan orang lain yang tidak di kenali dan di luar zon selesa. Kerana siapa lagi kalau bukan ‘your other half‘ tempat anda mencari keselesaan dan keamanan kan 😉

Lagu ini di produce oleh Ivan Johannes, animasi dan illustrasi daripada @Iam.mirosu dan lirik daripada Fhelora herself! Check out mv beliau di bawah. Jangan lupa like, subscribe dan share!

New Release

Penyanyi Alt-Pop-Rock Fhelora Rilis MV ‘Alien’

Fhelora, penyanyi dari Kuching Sarawak ini telah meriliskan muzik video terbaru iaitu ‘Alien‘ pada 30 October lepas di platform youtube beliau. Ini merupakan muzik video kedua Fhelora selepas ‘Bitter W8her‘.

Seperti Bitter W8her, lagu Alien juga dicipta ketika seluruh Malaysia masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan(PKP). Menurut Fhelora, beliau menulis lagu ini pada bulan May semasa PKP dan di sebabkan tidak dapat keluar rumah untuk jangka masa yang lama, sedikit demi sedikit beliau mula berasa paranoid dan tertekan.

Bagi Fhelora, lagu Alien adalah lagu yang sangat peribadi dan pada masa yang sama agak random dan tidak di rancang untuk di rilis. Tapi semasa sedang merangka lagu ini, beliau mendapati sebahagian daripada lirik tersebut membawa erti yang sangat mendalam untuk beliau dan disebabkan itu, beliau berpendapat untuk rilis lagu ini dan buat muzik video.

Check out muzik video terbaru dari Fhelora ‘Alien‘ di bawah, jangan lupa, like, share & subscribe!

Muzik dan muzik video ini adalah hasil kerjasama dari ;

Lirik : Fhelora

Produksi Muzik : Ivan Johannes

Special Appearance : Rais, Syam

Behind the Scene : Digo, Natty Gywenth

Film : Alissa Tisen

New Release

Fhelora Rilis Muzik Video Debut ‘Bitter W8her’

Penyanyi dan juga penulis lagu Fhelora telah meriliskan muzik video debut beliau berjudul ‘Bitter W8her‘ di platform youtube.

Sedikit maklumat tentang Fhelora, lahir pada tahun 1998, beliau berasal dari Kuching, Sarawak Malaysia dan merupakan penyanyi dan penulis lagu. Beliau mengambil kelas guitar ketika berusia 11 tahun dan banyak mendengar lagu-lagu pop dan rock dari era 90an. Namun inspirasi utama beliau di dalam ingin membuat muzik adalah datang dari Taylor Swift. Lagu pertama yang beliau cipta adalah ‘Mistery Guy’ namun lagu itu tidak di rekod dan beliau hanya menyanyikan lagu itu di depan ibu beliau.

Salah satu cara untuk saya membuang segala pemikiran dan perasaan negatif yang ada adalah melalui menulis segala-gala nya di dalam buku nota saya dan mengubah ia menjadi lagu.‘ – Fhelora.

Ketika di sekolah menengah lagi Fhelora sudah melakukan beberapa persembahan bersama rakan-rakan sekolah beliau dan pada tahun 2017 beliau mula membuat akaun YouTube dan mula megepost lagu-lagu dan demo-demo beliau di sana. Setahun kemudian, beliau dan rakan beliau Deck Zeak telah melakukan persembahan di event ‘Global Village 2018‘ di University Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Ketika musim Covid-19 mula melanda dan dunia di dalam kuarantine, peluang ini telah di ambil sepenuhnya oleh Fhelora untuk menumpukan sepenuh perhatian beliau dalam muzik dan masa tersebut di gunakan sepenuhnya oleh beliau untuk mengkompose dan mencipta lagu.

Hasilnya, beliau telah membuat lagu Bitter W8her. Lagu tersebut adalah inspirasi daripada salah seorang rakan yang rapat dengan beliau yang ketika musim kuarantine, terasa amat tertekan dan sunyi disebabkan oleh keadaan semasa.

Fhelora akan meriliskan 3 buah lagu lagi dalam tahun ini dan kebanyakan lagu beliau adalah inspirasi dari Lauren Cimorelli, Beabadoobee, Kailee Morgue dan sewaktu dengannya.

Checkout muzik video Fhelora – Bitter W8her di bawah. Jangan lupa, subscribe, like dan share di media platform kalian!

Song by Fhelora

Mix and Mastered by Ivan J

MV by Alissa