Fhelora, penyanyi dari Kuching Sarawak ini telah meriliskan muzik video terbaru iaitu ‘Alien‘ pada 30 October lepas di platform youtube beliau. Ini merupakan muzik video kedua Fhelora selepas ‘Bitter W8her‘.

Seperti Bitter W8her, lagu Alien juga dicipta ketika seluruh Malaysia masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan(PKP). Menurut Fhelora, beliau menulis lagu ini pada bulan May semasa PKP dan di sebabkan tidak dapat keluar rumah untuk jangka masa yang lama, sedikit demi sedikit beliau mula berasa paranoid dan tertekan.

Bagi Fhelora, lagu Alien adalah lagu yang sangat peribadi dan pada masa yang sama agak random dan tidak di rancang untuk di rilis. Tapi semasa sedang merangka lagu ini, beliau mendapati sebahagian daripada lirik tersebut membawa erti yang sangat mendalam untuk beliau dan disebabkan itu, beliau berpendapat untuk rilis lagu ini dan buat muzik video.

Check out muzik video terbaru dari Fhelora ‘Alien‘ di bawah, jangan lupa, like, share & subscribe!

Muzik dan muzik video ini adalah hasil kerjasama dari ;

Lirik : Fhelora

Produksi Muzik : Ivan Johannes

Special Appearance : Rais, Syam

Behind the Scene : Digo, Natty Gywenth

Film : Alissa Tisen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *