SAUHH FAMILIA atau nama penuhnya Sri Aman Underground Hip-Hop telah meriliskan muzik video terbaru mereka di YouTube iaitu Sauh Anthem. Dari nama mereka, kita dapat simpulkan bahawa kesemua ahli kumpulan tersebut berasal dari Sri Aman Sarawak, Malaysia.

Sedikit info tentang SAUHH Familia, mereka ditubuhkan pada tahun 2019 dan pada awal penubuhannya mereka bergerak dengan hanya di angotai oleh 2 orang ahli iaitu Muizz dan Nekara. Selepas itu bermula pada tahun 2020, mereka mula merekrut beberapa ahli baru yang kebanyakannya merupakan artis lokal yang aktif bergerak di Sri Aman.

Antara ahli-ahli SAUHH Familia adalah Ejadd sebagai pengurus kepada SAUHH FAMILIA, Dabisz sebagai rapper dan penyanyi, Mu’izz Beats Music sebagai beatmaker dan Producer, Deqnaa sebagai penyanyi, Nekara rapper, Radziqin Lee penyanyi, Bieljo rapper, Kid Tobi rapper, Klvin rapper dan producer dan Jo$h sebagai rapper, cameraman dan editor.

SAUHH Familia juga telah berkoleberasi dengan pelbagai kumpulan hip-hop lokal lain seperti Borneo Manace Movement, HMO, Tikar Terbang dan lain-lain.

Checkout muzik video terbaru dari SAUHH Familia di bawah. Jangan lupa like, subscribe dan share!

Tajuk : SAUHH Anthem

Tempat Rakaman : Klvin Productions

Instrumental : Muizz Beats Music (Producer SAUHH)

Mixing & Mastering : Muizz Beats Music (Producer SAUHH)

Perfomance : Dabisz, Nekara, Deqna, Klvin, Kid Tobi & Biel.Jo

Pembikinan Video & Idea Video : SAUHH Familia & Joshua

Checkout SAUHH Familia di laman sosial mereka di ;

Instagram

YouTube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *