Tag

hip hop

New Release

Kumpulan Hip-Hop Tikar Terbang Rilis Lirik Video – ‘Aku Sedar’

Kumpulan Hip-Hop Tikar Terbang telah meriliskan official lirik video ‘Aku Sedar‘ dan boleh didengar di pelbagai platform streaming(Apple Music, Spotify, iTunes Store, YouTube & Deezer).

Sedikit info tentang Tikar Terbang; mereka berasal dari Kuching Sarawak dan dibarisi oleh 16 ahli. Setiap daripada ahli-ahli Tikar Terbang merangkumi 8 emcee, 2 Bboy, 2 penyanyi dan 4 pemain esport. Tikar Terbang juga telah meriliskan lebih daripada 20 lagu dan semuanya di tulis dan dicipta oleh mereka sendiri.

Menurut Tikar Terbang, arwah Tan Sri P Ramlee merupakan inspirasi utama mereka dalam menghasilkan karya-karya mereka dan mereka juga berharap agar karya-karya mereka akan dihargai seperti Arwah Tan Sri P Ramlee. Semenjak ditubuhkan pada 2017, Tikar Terbang telah meriliskan sebanyak 30 buah lagu.

Membawa konsep ‘Rap Pop Energetic Modern’, single terbaru Tikar Terbang merupakan kolaborasi pertama mereka bersama syarikat rakaman New Southen Records Sdn Bhd (NSR). Menurut Tikar Terbang, mereka tidak mahu dilabel sebagai K-Clique yang kedua kerana mereka mahu dikenali dengan cara mereka tersendiri.

‘Aku Sedar’ ditulis oleh Emanshushii, Kamaii, Skulleight dan Maddayz. Di kompose oleh Emanshushii dan di terbitkan oleh Taja Archive Publishing.

New Release

Sri Aman Underground Hip-Hop Rilis MV SAUHH ANTHEM

SAUHH FAMILIA atau nama penuhnya Sri Aman Underground Hip-Hop telah meriliskan muzik video terbaru mereka di YouTube iaitu Sauh Anthem. Dari nama mereka, kita dapat simpulkan bahawa kesemua ahli kumpulan tersebut berasal dari Sri Aman Sarawak, Malaysia.

Sedikit info tentang SAUHH Familia, mereka ditubuhkan pada tahun 2019 dan pada awal penubuhannya mereka bergerak dengan hanya di angotai oleh 2 orang ahli iaitu Muizz dan Nekara. Selepas itu bermula pada tahun 2020, mereka mula merekrut beberapa ahli baru yang kebanyakannya merupakan artis lokal yang aktif bergerak di Sri Aman.

Antara ahli-ahli SAUHH Familia adalah Ejadd sebagai pengurus kepada SAUHH FAMILIA, Dabisz sebagai rapper dan penyanyi, Mu’izz Beats Music sebagai beatmaker dan Producer, Deqnaa sebagai penyanyi, Nekara rapper, Radziqin Lee penyanyi, Bieljo rapper, Kid Tobi rapper, Klvin rapper dan producer dan Jo$h sebagai rapper, cameraman dan editor.

SAUHH Familia juga telah berkoleberasi dengan pelbagai kumpulan hip-hop lokal lain seperti Borneo Manace Movement, HMO, Tikar Terbang dan lain-lain.

Checkout muzik video terbaru dari SAUHH Familia di bawah. Jangan lupa like, subscribe dan share!

Tajuk : SAUHH Anthem

Tempat Rakaman : Klvin Productions

Instrumental : Muizz Beats Music (Producer SAUHH)

Mixing & Mastering : Muizz Beats Music (Producer SAUHH)

Perfomance : Dabisz, Nekara, Deqna, Klvin, Kid Tobi & Biel.Jo

Pembikinan Video & Idea Video : SAUHH Familia & Joshua

Checkout SAUHH Familia di laman sosial mereka di ;

Instagram

YouTube

New Release

Muzik Video Debut, Pelapis Generasi Baru KCH City Hip-Hop, The Metrocityboyz

Pelapis generasi baru hip-hop Kuching, The Metrocityboyz (TMB) telah meriliskan debut muzik video mereka ‘We Are’. Anak-anak muda ini terdiri daripada Big Z 11 tahun, Jordan 14 tahun dan Jazzli 15 tahun. Apa yang meneriknya tentang TMB ini ialah, mereka juga merupakan anak-anak kepada lagenda hip-hop Kuching Big Daddy G dan MC Wayne yang merupakan ahli untuk The Familyman(TFM).

TMB membuat kemunculan pertama mereka di konsert Cats Day Out 2019 bersama dengan TFM. TMB juga bernaung di bawah TFM Records. Kemunculan kumpulan rapper muda ini sudah tentu akan lebih menyerikan lagi scene muzik lokal kita dan pasti akan inspire lebih ramai anak muda untuk terus mencipta karya dan menyerlahkan bakat mereka untuk di kongsi bersama.

Check out muzik video mereka ‘We Are’ yang di arahkan oleh Hamizan Ishak ;

Social media & stream The Metrocityboyz ;

Instagram

YouTube

New Release

Skulleight & Zemo Rilis MV ‘Tak Kisah’

Rapper lokal dari Kuching City Skulleight baru sahaja merilis single terbaru beliau Tak Kisah featuring dengan Zemo. Music video tersebut adalah arahan Hamizan Ishak dan Skulleight sendiri.

Skulleight dan Zemo juga merupakan ahli untuk kolektif hip-hop lokal iaitu Tikar Terbang, Kuching Connexion, Ruffneck Cliqué dan Lawalah Familia.

Sedikit sinopsis tentang Skulleight, beliau merupakan antara rapper muda yang sudah mula aktif dalam scene hip-hop lokal sejak 2010. Beliau juga merupakan antara founder kepada Tikar Terbang. Meraka juga telah melakukan beberapa persembahan di sekitar Malaysia dan mula mendapat perhatian di kalangan peminat hip-hop tempatan selepas melakukan persembahan di Kuala Lumpur Perfroming Arts Centre(KLPAC).

Skulleight (tengah)

Zemo pula telah mula bergiat aktif di dalam scene hip-hop lokal sejak 2009. Zemo juga aktif melakukan persembahan sekitar Malaysia. Bersama dengan Lawalah Familia, mereka telah memenangi pertandingan House of Vans di Singapura. Zemo juga ada merilis lagu Kejar Masa dengan MK K-Clique.

Music video Tak Kisah Skulleight dan Zemo. Lirik di bawah. Jangan lupa subscribe dan share.

Pre chorus:

Biar aku tunduk

Tunduk sampai kebawah

Biar aku mengangguk

Bukan maksud mengalah

Hook :

Tak kisah, harganya dah turun naik

Tak kisah, impiannya dah terbalik

Tak kisah, walau bukan yang terbaik

Tak kisah ya jujur tak kisah

(Skulleight) 

verse :

buka mata mu

mana mimpi ya

Yang ini nyata ku

kejar makin tinggi

aku bunuh ego

Buang mimpi lambo

Gelap buka lampu

Langkah aku  makin laju

Aku Tak kisah 

Nak ke mana terbang

Kisah di kisar

Yang Gelap jd terang

Biar banyak kali cuba

Tetap ulang dari mula

Kata kata dekat telinga

Aku simpan dalam dada 

Aku Takkan pernah berhenti 

Selagi darah ni mengalir

Aku Jarang layan mimpi

Itu mungkin sudah takdir

Pre chorus:

Biar aku tunduk

Tunduk sampai kebawah

Biar aku mengangguk

Bukan maksud mengalah

Hook :

Tak kisah, harganya dah turun naik

Tak kisah, impiannya dah terbalik

Tak kisah, walau bukan yang terbaik

Tak kisah ya jujur tak kisah (2x)

(Zemo) 

Verse :

Ya masih kt sini masih mampu nak berlari

Pecut tak berhenti walau arah tak tau lagi

Semua dah berfungsi, yeah yeah

Taknak kongsi kongsi, yeah yeah 

Gerakan, sulitnya bagai komando

Ledakan, datangnya dari Borneo

Godaan, manis mulut si romeo

Lakonan, yang pasti bukannya cameo

Usaha dah hari hari

Penat dah benci benci 

Dah give up berkali kali, tak kisah untung rugi

Ada yang cari cari

Apa apa jadi tak payah nak moody moody

Pre chorus:

Biar aku tunduk

Tunduk sampai kebawah

Biar aku mengangguk

Bukan maksud mengalah

Hook :

Tak kisah, harganya dah turun naik

Tak kisah, impiannya dah terbalik

Tak kisah, walau bukan yang terbaik

Tak kisah ya jujur tak kisah (2x)