Kumpulan Hip-Hop Tikar Terbang telah meriliskan official lirik video ‘Aku Sedar‘ dan boleh didengar di pelbagai platform streaming(Apple Music, Spotify, iTunes Store, YouTube & Deezer).

Sedikit info tentang Tikar Terbang; mereka berasal dari Kuching Sarawak dan dibarisi oleh 16 ahli. Setiap daripada ahli-ahli Tikar Terbang merangkumi 8 emcee, 2 Bboy, 2 penyanyi dan 4 pemain esport. Tikar Terbang juga telah meriliskan lebih daripada 20 lagu dan semuanya di tulis dan dicipta oleh mereka sendiri.

Menurut Tikar Terbang, arwah Tan Sri P Ramlee merupakan inspirasi utama mereka dalam menghasilkan karya-karya mereka dan mereka juga berharap agar karya-karya mereka akan dihargai seperti Arwah Tan Sri P Ramlee. Semenjak ditubuhkan pada 2017, Tikar Terbang telah meriliskan sebanyak 30 buah lagu.

Membawa konsep ‘Rap Pop Energetic Modern’, single terbaru Tikar Terbang merupakan kolaborasi pertama mereka bersama syarikat rakaman New Southen Records Sdn Bhd (NSR). Menurut Tikar Terbang, mereka tidak mahu dilabel sebagai K-Clique yang kedua kerana mereka mahu dikenali dengan cara mereka tersendiri.

‘Aku Sedar’ ditulis oleh Emanshushii, Kamaii, Skulleight dan Maddayz. Di kompose oleh Emanshushii dan di terbitkan oleh Taja Archive Publishing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *