Rapper lokal dari Kuching City Skulleight baru sahaja merilis single terbaru beliau Tak Kisah featuring dengan Zemo. Music video tersebut adalah arahan Hamizan Ishak dan Skulleight sendiri.

Skulleight dan Zemo juga merupakan ahli untuk kolektif hip-hop lokal iaitu Tikar Terbang, Kuching Connexion, Ruffneck Cliqué dan Lawalah Familia.

Sedikit sinopsis tentang Skulleight, beliau merupakan antara rapper muda yang sudah mula aktif dalam scene hip-hop lokal sejak 2010. Beliau juga merupakan antara founder kepada Tikar Terbang. Meraka juga telah melakukan beberapa persembahan di sekitar Malaysia dan mula mendapat perhatian di kalangan peminat hip-hop tempatan selepas melakukan persembahan di Kuala Lumpur Perfroming Arts Centre(KLPAC).

Skulleight (tengah)

Zemo pula telah mula bergiat aktif di dalam scene hip-hop lokal sejak 2009. Zemo juga aktif melakukan persembahan sekitar Malaysia. Bersama dengan Lawalah Familia, mereka telah memenangi pertandingan House of Vans di Singapura. Zemo juga ada merilis lagu Kejar Masa dengan MK K-Clique.

Music video Tak Kisah Skulleight dan Zemo. Lirik di bawah. Jangan lupa subscribe dan share.

Pre chorus:

Biar aku tunduk

Tunduk sampai kebawah

Biar aku mengangguk

Bukan maksud mengalah

Hook :

Tak kisah, harganya dah turun naik

Tak kisah, impiannya dah terbalik

Tak kisah, walau bukan yang terbaik

Tak kisah ya jujur tak kisah

(Skulleight) 

verse :

buka mata mu

mana mimpi ya

Yang ini nyata ku

kejar makin tinggi

aku bunuh ego

Buang mimpi lambo

Gelap buka lampu

Langkah aku  makin laju

Aku Tak kisah 

Nak ke mana terbang

Kisah di kisar

Yang Gelap jd terang

Biar banyak kali cuba

Tetap ulang dari mula

Kata kata dekat telinga

Aku simpan dalam dada 

Aku Takkan pernah berhenti 

Selagi darah ni mengalir

Aku Jarang layan mimpi

Itu mungkin sudah takdir

Pre chorus:

Biar aku tunduk

Tunduk sampai kebawah

Biar aku mengangguk

Bukan maksud mengalah

Hook :

Tak kisah, harganya dah turun naik

Tak kisah, impiannya dah terbalik

Tak kisah, walau bukan yang terbaik

Tak kisah ya jujur tak kisah (2x)

(Zemo) 

Verse :

Ya masih kt sini masih mampu nak berlari

Pecut tak berhenti walau arah tak tau lagi

Semua dah berfungsi, yeah yeah

Taknak kongsi kongsi, yeah yeah 

Gerakan, sulitnya bagai komando

Ledakan, datangnya dari Borneo

Godaan, manis mulut si romeo

Lakonan, yang pasti bukannya cameo

Usaha dah hari hari

Penat dah benci benci 

Dah give up berkali kali, tak kisah untung rugi

Ada yang cari cari

Apa apa jadi tak payah nak moody moody

Pre chorus:

Biar aku tunduk

Tunduk sampai kebawah

Biar aku mengangguk

Bukan maksud mengalah

Hook :

Tak kisah, harganya dah turun naik

Tak kisah, impiannya dah terbalik

Tak kisah, walau bukan yang terbaik

Tak kisah ya jujur tak kisah (2x)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *