Lawalah Familia pernah mewakili Malaysia untuk House of Vans di Singapure selepas memenangi final di Kuala Lumpur mendahului artis-artis dan band-band lokal yang lain.
Lawalah Familia merupakan kolektif hip-hop yang telah wujud sejak dari tahun 2013 dan mereka tergolong dari MC’s, Dj, mural artis dan videographer.
Sabbala
Selain dari Lawalah Familia, Zemo juga merupakan sebahagian daripada sub-kolektif dari Lawalah Familia iaitu Lawalah Borneo. Beliau juga merupakan ahli untuk Kuching Connexion dan Connext. Zemo merupakan antara rappers Sarawak yang tengah meningkat naik seiring dengan rappers lokal Sarawak lain iaitu Asyraf Hardy, Knowno dan HSW.
Zemo
Checkout muzik video terbaru dari Mady Bee featuring Jay Muhammad, Sabbala dan Zemo di bawah ;
Rapper lokal dari Kuching City Skulleight baru sahaja merilis single terbaru beliau Tak Kisah featuring dengan Zemo. Music video tersebut adalah arahan Hamizan Ishak dan Skulleight sendiri.
Sedikit sinopsis tentang Skulleight, beliau merupakan antara rapper muda yang sudah mula aktif dalam scene hip-hop lokal sejak 2010. Beliau juga merupakan antara founder kepada Tikar Terbang. Meraka juga telah melakukan beberapa persembahan di sekitar Malaysia dan mula mendapat perhatian di kalangan peminat hip-hop tempatan selepas melakukan persembahan di Kuala Lumpur Perfroming Arts Centre(KLPAC).
Skulleight (tengah)
Zemo pula telah mula bergiat aktif di dalam scene hip-hop lokal sejak 2009. Zemo juga aktif melakukan persembahan sekitar Malaysia. Bersama dengan Lawalah Familia, mereka telah memenangi pertandingan House of Vans di Singapura. Zemo juga ada merilis lagu Kejar Masa dengan MKK-Clique.
Music video Tak Kisah Skulleight dan Zemo. Lirik di bawah. Jangan lupa subscribe dan share.