Tag

kuching connexion

Featured, New Release, News

MV ‘Shinobi’ Dari Biak Ijal, Sebagai Kenyataan Menamatkan Beef Hip-Hop Di Kuching 2024

Kumpulan rap Biak Ijal bersama dengan producer NicXL dan kumpulan Kuching Connexion telah meriliskan sebuah muzik video baru iaitu ‘Shinobi‘ pada malam Christmas. Kolaberasi Biak Ijal bersama NicXL dan Kuching Connexion ini merupakan kenyataan pengakhiran beef Hip-Hop Kuching yang telah berlaku baru-baru ini.

Pada bulan November 2024, telah berlaku satu beef(pertengkaran) Hip-Hop di dalam scene underground Hip-Hop Kuching. Dengan rilisnya lagu ‘Shinobi‘ ini, ia merupakan kenyataan untuk beef yang berlaku antara mereka sudah akhirnya tamat. Lagu ini dicipta oleh producer NicXL, feat bersama ahli-ahli Kuching Connexion Asyraf Hardy dan pengarah muzik video Zeeqman. Biak Ijal pula merupakan kumpulan rap di Kuching yang terdiri daripada Irfan Aniq, Ziji.Q, Emansuhi dan Nofikk. Kolaberasi ini berlaku kerana mereka mahu mentakrifkan semula kualiti Hip-Hop di Sarawak.

Menurut Asyraf Hardy, yang juga merupakan antara ikon Hip-Hop Kuching dan telah berkecimpung di dalam scene muzik Hip-Hop lokal Sarawak sejak awal tahun 2000an’, “Shinobi adalah bukan sekadar satu lagi trak lagu yang di rilis, tetapi ini adalah kenyataan, kegigihan, disiplin, sambil bergerak dalam diam seperti shinobi dalam membawa diri kearah kejayaan. Setiap ayat yang diutarakan membawa tenaga dan sebagai peringatan kepada para pendengar bahawa pahlawan sejati tidak perlu mengumumkan apa-apa sahaja langkah mereka walaupun sedikit. Biarkan keputusan kerja yang menunjukkan hasil. Shinobi adalah bukan sekadar lagu, tetapi ia adalah MINDSET!.”

Muzik video Shinobi pula adalah hasil arahan Zeeqman. Beliau juga merupakan salah seorang anggota kumpulan Kuching Connexion dan juga merupakan pemilik syarikat produksi Anak Kapal 47 Sdn Bhd. Menurut Zeeqman; “Visual muzik video sepatutnya menjadi alat bantuan yang membantu mempertingkatkan pengalaman para pendengar muzik tanpa perlu peduli akan teknikaliti sesebuah proses pengembaraan.” Tambah Zeeqman lagi, “Di kala semua orang lain sibuk bertelagah, inilah hasil usaha kami.

Sedikit info mengenai rapper-rapper, producer dan pengarah mv yang terlibat di dalam penghasilan karya Shinobi; NicXL merupakan seorang penerbit muzik dari Sarawak yang versatile dan juga merupakan seorang beatmaker Hip-Hop. Asyraf Hardy pula merupakan seorang ikon Hip-Hop Kuching yang telah berkecimpung di dalam scene underground Hip-Hop Kuching semenjak di awal era 2000-an dan juga merupakan salah seorang anggota kumpulan Kuching Connexion. Lagu ini di mix dan master oleh Jiqoflame.

Rapper-rapper dari kumpulan Biak Ijal pula adalah terdiri daripada Irfan Aniq, Ziji.Q, Emansushi dan Nofik. Mereka merupakan generasi baharu kumpulan Hip-Hop di Kuching yang membawa tenaga yang segar di dalam arena Hip-Hop lokal(Sarawak & Malaysia). Zeeqman pula merupakan pemilik kepada sebuah syarikat produksi yang terlibat di dalam beberapa iklan dan filem di Sarawak iaitu Anak Kapal 47. Beliau lah yang bertanggungjawab di atas tenaga kreatif dan di sebalik visual di dalam muzik video Shinobi. Set assist pula adalah dari Syed Adib, Yusuf Lee, Yayul, Ahnic dan Aristobey. Kuching Connexion pula merupakan salah sebuah kru terawal Hip-Hop dari Kuching, Sarawak.

Check out, muzik video dari Biak Ijal ‘Shinobi‘ di YouTube. Jangan lupa, like, subscribe, share dan follow mereka di setiap platform media sosial mereka.

New Release

Tikar Terbang Rilis MV ‘Serbuan’.

Tikar Terbang telah meriliskan muzik video mereka berjudul ‘Serbuan’ di platform youtube.

Sedikit info tentang Tikar Terbang, mereka di tubuhkan pada tahun 2017 dan di anggotai oleh sekumpulan anak muda dari pelbagai latar belakang. Sejak debut lagu mereka Zam Zam Alakazam pada tahun 2018, nama mereka mula mendapat perhatian di kalangan peminat hip-hop tempatan.

Mereka mula aktif membuat persembahan dan telah beraksi di beberapa tempat seperti Kuching Youth Jam (KYJ), Soul Technique Crew (STC) Anniversary Jam, HAUS KCH, Skate & BBQ Entrepreneur Conference @ Borneo 744, O@G Anniversary Concert, Estranged Band’s Concert, UNIMAS Mini Film Festival Awards, Space Jam (KL) dan Remin Bistro.

Matlamat utama Tikar Terbang adalah untuk menjadi suara kepada mereka yang tidak mampu bersuara.

MV Tikar Terbang ‘Serbuan’ ini memaparkan 4 daripada ahli Tikar Terbang iaitu, Fatkeem, Kamaii, Maddayz & Skulleight. Checkout MV terbaru Tikar Terbang ‘Serbuan’!

Director MV : Skulleight & Hamizan

Rakaman : JCHo

Producer muzik(mix & master) : Skulleight

Kerjasama bersama :

Vaporlab, Kuching Connexion, Renzo Studio, Forest King, NapioHatta dan Remin Bistro.

New Release

Mady Bee Rilis MV ‘Hati-Hati’. Feat, Zemo, Jay Muhammad & Sabbala

Mady Bee telah meriliskan MV terbaru beliau featuring dengan Jay Muhammad, Sabbala dan Zemo. Mereka merupakan ahli kepada kolektif hip-hop lokal Lawalah Familia. Sebelum ini Zemo bersama dengan Skulleight dari Tikar Terbang telah mengeluarkan MV Tak Kisah.

Mady bee

Lawalah Familia pernah mewakili Malaysia untuk House of Vans di Singapure selepas memenangi final di Kuala Lumpur mendahului artis-artis dan band-band lokal yang lain.

Lawalah Familia merupakan kolektif hip-hop yang telah wujud sejak dari tahun 2013 dan mereka tergolong dari MC’s, Dj, mural artis dan videographer.

Sabbala

Selain dari Lawalah Familia, Zemo juga merupakan sebahagian daripada sub-kolektif dari Lawalah Familia iaitu Lawalah Borneo. Beliau juga merupakan ahli untuk Kuching Connexion dan Connext. Zemo merupakan antara rappers Sarawak yang tengah meningkat naik seiring dengan rappers lokal Sarawak lain iaitu Asyraf Hardy, Knowno dan HSW.

Zemo

Checkout muzik video terbaru dari Mady Bee featuring Jay Muhammad, Sabbala dan Zemo di bawah ;

Produce by : Mady Bee

Mix & Mastered by : Sabbala

Lyrics by : Mady Bee, Zemo, Jay Muhammad

Guitar : Zimmy E

MV by : Pishang Creative

New Release

Skulleight & Zemo Rilis MV ‘Tak Kisah’

Rapper lokal dari Kuching City Skulleight baru sahaja merilis single terbaru beliau Tak Kisah featuring dengan Zemo. Music video tersebut adalah arahan Hamizan Ishak dan Skulleight sendiri.

Skulleight dan Zemo juga merupakan ahli untuk kolektif hip-hop lokal iaitu Tikar Terbang, Kuching Connexion, Ruffneck Cliqué dan Lawalah Familia.

Sedikit sinopsis tentang Skulleight, beliau merupakan antara rapper muda yang sudah mula aktif dalam scene hip-hop lokal sejak 2010. Beliau juga merupakan antara founder kepada Tikar Terbang. Meraka juga telah melakukan beberapa persembahan di sekitar Malaysia dan mula mendapat perhatian di kalangan peminat hip-hop tempatan selepas melakukan persembahan di Kuala Lumpur Perfroming Arts Centre(KLPAC).

Skulleight (tengah)

Zemo pula telah mula bergiat aktif di dalam scene hip-hop lokal sejak 2009. Zemo juga aktif melakukan persembahan sekitar Malaysia. Bersama dengan Lawalah Familia, mereka telah memenangi pertandingan House of Vans di Singapura. Zemo juga ada merilis lagu Kejar Masa dengan MK K-Clique.

Music video Tak Kisah Skulleight dan Zemo. Lirik di bawah. Jangan lupa subscribe dan share.

Pre chorus:

Biar aku tunduk

Tunduk sampai kebawah

Biar aku mengangguk

Bukan maksud mengalah

Hook :

Tak kisah, harganya dah turun naik

Tak kisah, impiannya dah terbalik

Tak kisah, walau bukan yang terbaik

Tak kisah ya jujur tak kisah

(Skulleight) 

verse :

buka mata mu

mana mimpi ya

Yang ini nyata ku

kejar makin tinggi

aku bunuh ego

Buang mimpi lambo

Gelap buka lampu

Langkah aku  makin laju

Aku Tak kisah 

Nak ke mana terbang

Kisah di kisar

Yang Gelap jd terang

Biar banyak kali cuba

Tetap ulang dari mula

Kata kata dekat telinga

Aku simpan dalam dada 

Aku Takkan pernah berhenti 

Selagi darah ni mengalir

Aku Jarang layan mimpi

Itu mungkin sudah takdir

Pre chorus:

Biar aku tunduk

Tunduk sampai kebawah

Biar aku mengangguk

Bukan maksud mengalah

Hook :

Tak kisah, harganya dah turun naik

Tak kisah, impiannya dah terbalik

Tak kisah, walau bukan yang terbaik

Tak kisah ya jujur tak kisah (2x)

(Zemo) 

Verse :

Ya masih kt sini masih mampu nak berlari

Pecut tak berhenti walau arah tak tau lagi

Semua dah berfungsi, yeah yeah

Taknak kongsi kongsi, yeah yeah 

Gerakan, sulitnya bagai komando

Ledakan, datangnya dari Borneo

Godaan, manis mulut si romeo

Lakonan, yang pasti bukannya cameo

Usaha dah hari hari

Penat dah benci benci 

Dah give up berkali kali, tak kisah untung rugi

Ada yang cari cari

Apa apa jadi tak payah nak moody moody

Pre chorus:

Biar aku tunduk

Tunduk sampai kebawah

Biar aku mengangguk

Bukan maksud mengalah

Hook :

Tak kisah, harganya dah turun naik

Tak kisah, impiannya dah terbalik

Tak kisah, walau bukan yang terbaik

Tak kisah ya jujur tak kisah (2x)