Tikar Terbang telah meriliskan muzik video mereka berjudul ‘Serbuan’ di platform youtube.

Sedikit info tentang Tikar Terbang, mereka di tubuhkan pada tahun 2017 dan di anggotai oleh sekumpulan anak muda dari pelbagai latar belakang. Sejak debut lagu mereka Zam Zam Alakazam pada tahun 2018, nama mereka mula mendapat perhatian di kalangan peminat hip-hop tempatan.

Mereka mula aktif membuat persembahan dan telah beraksi di beberapa tempat seperti Kuching Youth Jam (KYJ), Soul Technique Crew (STC) Anniversary Jam, HAUS KCH, Skate & BBQ Entrepreneur Conference @ Borneo 744, O@G Anniversary Concert, Estranged Band’s Concert, UNIMAS Mini Film Festival Awards, Space Jam (KL) dan Remin Bistro.

Matlamat utama Tikar Terbang adalah untuk menjadi suara kepada mereka yang tidak mampu bersuara.

MV Tikar Terbang ‘Serbuan’ ini memaparkan 4 daripada ahli Tikar Terbang iaitu, Fatkeem, Kamaii, Maddayz & Skulleight. Checkout MV terbaru Tikar Terbang ‘Serbuan’!

Director MV : Skulleight & Hamizan

Rakaman : JCHo

Producer muzik(mix & master) : Skulleight

Kerjasama bersama :

Vaporlab, Kuching Connexion, Renzo Studio, Forest King, NapioHatta dan Remin Bistro.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *