Guccimith, penyanyi berasal dari Kuching Sarawak ini baru sahaja meriliskan muzik video terbaru beliau iaitu ‘No Games’ bersama dengan Zhe Kamil pada 2 Nov lepas di platform youtube beliau.

Sedikit info tentang Guccimith, beliau di lahirkan pada 23 februari 1999 dan mula bermain muzik semenjak berusia 8 tahun. Beliau mula membuat lagu sendiri ketika usia menjejak 18 tahun. Pada mula nya, beliau bermula dengan melakukan beberapa lagu cover dan menguploadkan lagu-lagu tersebut di laman instagram beliau. Melalui lagu-lagu cover ini, Guccimith mula mendapat perhatian Kuching Connexion, sebuah kumpulan underground hip-hop di Kuching yang di kendalikan oleh Asyraf Hardy yang juga merupakan lagenda hip-hop Kuching yang pernah beraksi bersama Noh didalam kumpulan M.I.X sebelum Noh menubuhkan kumpulan Hujan. Guccimith kemudiannya di bawa masuk untuk menyertai Kuching Connexion dan telah meriliskan 3 buah lagu dengan mereka iaitu ‘Grindin‘, ‘Trippin‘, dan bersama Zemo yang juga merupakan ahli Kuching Connexion untuk lagu ‘Siapa Lagi‘.

Guccimith mula mendapat perhatian apabila lagu pertama yang beliau rilis di youtube ‘A L O N E‘ mendapat sambutan yang menggalakkan. Guccimith kemudiannya berkolaberasi pula dengan penyanyi/producer/beatmaker lokal iaitu Zhe Kamil dan mereka meriliskan lagu ‘Stay Away‘. Tidak puas mencipta lagu dan ingin meneruskan lagi, Guccimith dan Zhe Kamil berkolaberasi pula dengan Ky Den dan mereka meriliskan pula ‘Crush‘ yang juga mendapat sambutan menggalakkan.

Check out lagu terbaru Guccimith dan Zhe Kamil di bawah. Jangan lupa, like, share, komen dan subscribe!

Lagu : Guccimith dan Zhe Kamil

Produced : Zhe Kamil

Mix & Mastered : Guccimith & Zhe Kamil

Director : Ezchapo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *