Tag

guccimith

New Release

Single Terbaru Yung Kai “007” Bersama Guccimith & Zhe Kamil

Yung Kai bersama dengan duo ikonik Guccimith & Zhe Kamil (yang kini bersama Warner Music Malaysia) telah meriliskan single terbaru mereka pada beberapa hari lepas berjudul “007” dan boleh di tonton di youtube channel Ban Huat Sdn Bhd. Mereka bertiga merupakan rakan seperjuangan dalam industri muzik underground Hip-Hop tempatan.

Lagu terbaru 007 ini menggabungkan melodi psikedelik dan rentak drill yang boleh menggegarkan dada lagi-lagi apabila didengar menggunakan sistem bunyi yang padu. Lagu ini menceritakan tentang kepelbagaian hidup, impian dan perjuangan demi untuk mencapai kejayaan. Muzik video 007 ini dihasilkan oleh Cross Hundred Production. Sebuah syarikat produksi yang pernah berkerjasama dengan beberapa artis-artis tempatan terkenal seperti Luqman Podolski, Khalif dan Killadriz.

Zhe Kamil, Yung Kai, Guccimith

Muzik 007 ini dihasilkan dengan kolaberasi antara LutherMarc dan Zhe Kamil. Luther dan Marc juga pernah bekerjasama dengan beberapa artis antarabangsa yang bernaung di bawah Def Jam SEA seperti Yung Raja dan Ariel Nayaka. Proses mix & mastering lagu ini pula dilakukan oleh Kaiote.

Lagu ini menurut Yung Kai, melambangkan perkembangan, keazaman dan ketabahan yang mereka kongsi bersama setelah hampir setengah dekad melibatkan diri di dalam dunia muzik. Menurut beliau lagi, beliau bersyukur kerana masih bersama rakan-rakan seperjuangan dari kampung halaman dan mereka akan terus berjuang dan berkembang bersama di dalam dunia arena muzik tanah air.

Check out muzik video 007 di bawah.

New Release

‘BETRAYED’ Single Terbaru Guccimith & Zhe Kamil

Guccimith dan Zhe Kamil kembali lagi dengan single terbaru mereka ‘Betrayed’. Mereka bukan lagi duo yang asing di dalam scene underground Hip-Hop Malaysia sejak mereleasekan lagu ‘Stay Away‘ pada tahun lepas dan baru-baru ini featured di dalam FORCEPARKBOISLOTUS ALL STAR REMIX bersama dengan Dinho, Rudeen, Jaystation, Vertgin, Sxph, Ichu, F.Rider, Offgrid, Guccimith, Addy Khayal, SonaOne.

Guccimith & Zhe Kamil

Single terbaru mereka ‘Betrayed’ merupakan salah satu daripada lagu di dalam Ep mereka “You Know the Vibes” yang akan diriliskan dalam tahun ini. Lagu ini di mix dan mastered oleh Zhe Kamil dan lirik Guccimith. Lagu ini meceritakan tentang kecurangan yang berlaku di dalam hubungan. MV video ini diarahkan oleh Mark Clorox. Beliau juga merupakan direktor MV untuk ‘Stay Away’.

Check out single terbaru Guccimith dan Zhe Kamil ‘Betrayed’. Don’t forget to like, share & SUBSCRIBE!

guccimith & zhe kamil
New Release

Guccimith & Zhe Kamil Rilis mv ‘Tunggu’

Duo Hip-Hop dan R&B dari Kuching Guccimith dan Zhe Kamil telah meriliskan lagu baru pada hujung tahun 2020 yang bertajuk, ‘Tunggu‘.

Zhe Kamil & Guccimith

Guccimith dan Zhe Kamil merupakan duo yang mula mendapat perhatian di kalangan peminat muzik di dunia independent Hip-Hop R&B. Mereka mula meriliskan material bersama dengan Kyden untuk lagu ‘Crush‘ dan seterusnya mereka berdua terus meriliskan beberapa lagu seperti ‘Stay Away‘, ‘No Games‘, dan yang terbaru, ‘Tunggu’. Check out mv terbaru mereka di bawah.

Behind the scenes :

Produced : DedeQ

Mixed : Guccimith & Zhe Kamil and PFTD

Mastered : Zhe Kamil

Directed : Mark C & Gxdlee

New Release

Penyanyi Hip-Hop/R&B Guccimith Rilis MV ‘No Games’ feat Zhe Kamil

Guccimith, penyanyi berasal dari Kuching Sarawak ini baru sahaja meriliskan muzik video terbaru beliau iaitu ‘No Games’ bersama dengan Zhe Kamil pada 2 Nov lepas di platform youtube beliau.

Sedikit info tentang Guccimith, beliau di lahirkan pada 23 februari 1999 dan mula bermain muzik semenjak berusia 8 tahun. Beliau mula membuat lagu sendiri ketika usia menjejak 18 tahun. Pada mula nya, beliau bermula dengan melakukan beberapa lagu cover dan menguploadkan lagu-lagu tersebut di laman instagram beliau. Melalui lagu-lagu cover ini, Guccimith mula mendapat perhatian Kuching Connexion, sebuah kumpulan underground hip-hop di Kuching yang di kendalikan oleh Asyraf Hardy yang juga merupakan lagenda hip-hop Kuching yang pernah beraksi bersama Noh didalam kumpulan M.I.X sebelum Noh menubuhkan kumpulan Hujan. Guccimith kemudiannya di bawa masuk untuk menyertai Kuching Connexion dan telah meriliskan 3 buah lagu dengan mereka iaitu ‘Grindin‘, ‘Trippin‘, dan bersama Zemo yang juga merupakan ahli Kuching Connexion untuk lagu ‘Siapa Lagi‘.

Guccimith mula mendapat perhatian apabila lagu pertama yang beliau rilis di youtube ‘A L O N E‘ mendapat sambutan yang menggalakkan. Guccimith kemudiannya berkolaberasi pula dengan penyanyi/producer/beatmaker lokal iaitu Zhe Kamil dan mereka meriliskan lagu ‘Stay Away‘. Tidak puas mencipta lagu dan ingin meneruskan lagi, Guccimith dan Zhe Kamil berkolaberasi pula dengan Ky Den dan mereka meriliskan pula ‘Crush‘ yang juga mendapat sambutan menggalakkan.

Check out lagu terbaru Guccimith dan Zhe Kamil di bawah. Jangan lupa, like, share, komen dan subscribe!

Lagu : Guccimith dan Zhe Kamil

Produced : Zhe Kamil

Mix & Mastered : Guccimith & Zhe Kamil

Director : Ezchapo

New Release

Guccimith dan Zhe Kamil Rilis MV ‘Stay Away’

Penyanyi/ producer muda dan lokal Guccimith dan Zhe Kamil telah meriliskan muzik video terbaru mereka iaitu Stay Away.

Penyanyi lokal yang telah meningkat naik ini mula mendapat perhatian apabila beliau mula aktif meriliskan lagu-lagu beliau di dalam youtube seperti Alone, Crush, Trippin dan banyak lagi.

Muzik video beliau dan Zhe Kamil yang terbaru ini di arahkan olah Ezchapo dan di edit oleh Markclorox. Menurut Zhe Kamil, lagu ini menceritakan tentang mereka dengan bekas kekasih mereka dan pengalaman mereka dalam usaha untuk melepaskan diri dari toxic relationship tersebut. Apa yang menariknya tentang muzik video ini adalah, video ini di ambil hanya ‘one take’ hanya dengan satu camera.

Single terbaru Guccimith dan Zhe Kamil, boleh di dapati di platform Spotify dan Apple Music. Boleh checkout muzik video terbaru mereka di bawah ;