Yung Kai bersama dengan duo ikonik Guccimith & Zhe Kamil (yang kini bersama Warner Music Malaysia) telah meriliskan single terbaru mereka pada beberapa hari lepas berjudul “007” dan boleh di tonton di youtube channel Ban Huat Sdn Bhd. Mereka bertiga merupakan rakan seperjuangan dalam industri muzik underground Hip-Hop tempatan.

Lagu terbaru 007 ini menggabungkan melodi psikedelik dan rentak drill yang boleh menggegarkan dada lagi-lagi apabila didengar menggunakan sistem bunyi yang padu. Lagu ini menceritakan tentang kepelbagaian hidup, impian dan perjuangan demi untuk mencapai kejayaan. Muzik video 007 ini dihasilkan oleh Cross Hundred Production. Sebuah syarikat produksi yang pernah berkerjasama dengan beberapa artis-artis tempatan terkenal seperti Luqman Podolski, Khalif dan Killadriz.

Zhe Kamil, Yung Kai, Guccimith

Muzik 007 ini dihasilkan dengan kolaberasi antara LutherMarc dan Zhe Kamil. Luther dan Marc juga pernah bekerjasama dengan beberapa artis antarabangsa yang bernaung di bawah Def Jam SEA seperti Yung Raja dan Ariel Nayaka. Proses mix & mastering lagu ini pula dilakukan oleh Kaiote.

Lagu ini menurut Yung Kai, melambangkan perkembangan, keazaman dan ketabahan yang mereka kongsi bersama setelah hampir setengah dekad melibatkan diri di dalam dunia muzik. Menurut beliau lagi, beliau bersyukur kerana masih bersama rakan-rakan seperjuangan dari kampung halaman dan mereka akan terus berjuang dan berkembang bersama di dalam dunia arena muzik tanah air.

Check out muzik video 007 di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *