Yung Kai bersama dengan duo ikonik Guccimith & Zhe Kamil (yang kini bersama Warner Music Malaysia) telah meriliskan single terbaru mereka pada beberapa hari lepas berjudul “007” dan boleh di tonton di youtube channel Ban Huat Sdn Bhd. Mereka bertiga merupakan rakan seperjuangan dalam industri muzik underground Hip-Hop tempatan.
Lagu terbaru 007 ini menggabungkan melodi psikedelik dan rentak drill yang boleh menggegarkan dada lagi-lagi apabila didengar menggunakan sistem bunyi yang padu. Lagu ini menceritakan tentang kepelbagaian hidup, impian dan perjuangan demi untuk mencapai kejayaan. Muzik video 007 ini dihasilkan oleh Cross Hundred Production. Sebuah syarikat produksi yang pernah berkerjasama dengan beberapa artis-artis tempatan terkenal seperti Luqman Podolski, Khalif dan Killadriz.
Zhe Kamil, Yung Kai, Guccimith
Muzik 007 ini dihasilkan dengan kolaberasi antara Luther, Marc dan Zhe Kamil. Luther dan Marc juga pernah bekerjasama dengan beberapa artis antarabangsa yang bernaung di bawah Def Jam SEA seperti Yung Raja dan Ariel Nayaka. Proses mix & mastering lagu ini pula dilakukan oleh Kaiote.
Lagu ini menurut Yung Kai, melambangkan perkembangan, keazaman dan ketabahan yang mereka kongsi bersama setelah hampir setengah dekad melibatkan diri di dalam dunia muzik. Menurut beliau lagi, beliau bersyukur kerana masih bersama rakan-rakan seperjuangan dari kampung halaman dan mereka akan terus berjuang dan berkembang bersama di dalam dunia arena muzik tanah air.
Penyanyi paling muda dari label muzik indipendent lokal Ban Huat Sdn Bhd, Ian Aw telah meriliskan debut muzik video pertama untuk single beliau Awtotune feat Yung Kai, di produce oleh Jaake & Saucie J.
Ian Aw
Sedikit info mengenai Ian. Berumur 19 tahun berasal dari Kuching Sarawak, beliau mula berkecimpung dengan muzik apabila mendengar muzik-muzik Hip-Hop dari scene underground China. Pada tahun 2019 apabila bekerja di kedai streetwear ‘Boiler Room‘ yang di kendalikan oleh Yung Kai, di sanalah impak dan perjalanan muzik Ian bermula. Sepanjang di sana, beliau dan Yung Kai seringkali berkongsi dan mengasah keupayaan mereka dalam mencipta muzik dan menghasilkan karya yang mereka inginkan. Ian juga ada membuat perniagaan jenama barang kemas iaitu ‘Zero Degrees‘ bersama dengan Yung Kai.
Yung Kai menggayakan rantai dari ‘Zero Degrees’
Ian mendapat inspirasi untuk lagu Awtotune daripada keinginan dalam hidup, kekecewaan, kesusahan dan sebagai mewakili nama beliau iaitu “Aw”. Lagu ini memaparkan Yung Kai dan di produce oleh Jaake & Saucie J yang juga dari label Ban Huat Sdn Bhd. Muzik video ini pula di buat oleh Razeeq dari The Ark Kuching dan special effect pula di halusi oleh Idonreallynou.
Check out debut muzik video pertama Ian feat Yung Kai dan di produce oleh Jaake. Janga lupa like, subscribe & share! :
Yung Kai kembali dengan single terbaru beliau ‘Save The Night’ featuring B-Heart & Izhar, (Prod by Jaake). Artis muda ini yang mula mendapat parhatian di dalam scene underground Hip-Hop bawah tanah dengan rilisan ep beliau ‘Tender Trap‘ tidak menunjukkan penat lelah dalam terus berkarya dan menghasilkan kerja yang berkualiti.
Lagu ‘Save The Night’ ini adalah satu lagi experiment daripada Yung Kai dan producer Jaake dalam meneroka genre Hyper-Pop dan di gabungkan dengan teras kepada muzik Yung Kai sendiri iaitu Trap. Kedua-dua mereka adalah di bawah naungan label Ban Huat Sdn Bhd. Turut serta dalam menyumbang magis kepada lagu ini adalah B-Heart dari SONY MUSIC MY dan Izhar dari TTONTHEMOVE.
Apa yang menariknya tentang lagu ini adalah adunan pelbagai bahasa iaitu English, Mandarin dan Bahasa Malaysia dalam menceritakan tentang romantis, keinginan dan emosi yang melanda ketika jam sudah tengah malam.
Dari kiri : B-Heart, Izhar & Jaake
Disebabkan larangan rentas negeri, pembikinan muzik video ini dilakukan di negeri lain-lain. Mereka membuktikan walaupun masing-masing berada di lain-lain negeri, tetapi di era tamadun digital berserta dengan alat-alat yang ada, segalanya boleh dilakukan dengan perancangan dan pelaksanaan yang effektif. Setiap daripada rakaman yang di ambil dari lokasi yang berlainan dan di edit/susun oleh ‘IDONTREALLYNOU‘ dari Selangor dan KHAI FILMS dari Sarawak. Muzik video yang dihasilkan juga seperti yang dijangkakan datang daripada Yung Kai, sememangnya berkualiti tinggi untuk scene bawah tanah. SALUTE!
Checkout music video terbaru dari Yung Kai, ‘Save The Night’. Jangan lupa, like, subscribe dan share, LESGO!
Yung Kai, artis lokal yang berasal dari Sarawak ini telah meriliskan muzik video terbaru beliau berjudul 癢凱 – 藉口(Excuses).
Artis yang bernaung di bawah label Ban Huat Sdn Bhd ini juga aktif meriliskan single-single baru yang akan di muatkan di dalam ep beliau akan datang iaitu ‘Tender Trap’.
Lirik dan komposer lagu ini adalah Yung Kai, producer adalah Saucie J & Kaiote, gitar dari Kyden dan director muzik video pula adalah Koh Khai.
Yung Kai sekali lagi rilis MV terbaru beliau berjudul 或许 yang bermaksud Mungkin. Sebelum ini, beliau ada rilis MV juga, featuring beliau dengan Jaake berjudul Cocaine.
或许(Mungkin) merupakan single representatif dari EP Yung Kai yang akan datang yang berjudul “Tender Trap”. Lagu ini merupakan lagu yang menggabungkan beberapa elemen muzik dengan bunyi 808 yang diiringi dengan alunan gitar rock. Boleh di katakan ini merupakan genre hip-hop alternatif baru, sebuah genre yang semakin mendapat tempat di kalangan peminat muzik hip-hop sekarang.
Pasukan produksi yang membuat muzik video Yung Kai ini adalah Rocketmob. Lirik dan komposer adalah dari Yung Kai sendiri, muzik di rekod di AOK Records studio dan di riliskan oleh label Ban Huat Sdn Bhd.
Muzik video Yung Kai kali ini berbeza dengan yang sebelumnya kerana kombinasi visual dan gaya alternatif dalam muzik video ini menjadikan Yung Kai lebih menyerlah. Model-model yang ada di dalam muzik video tersebut adalah, Panghei, Angelina Chai & Keesha.
Check out Muzik video tersebut dan jangan lupa share!
Apa kabar Rukunians? Jyeah, macam mana dengan sesi kuarantine kalian? Ada discover artis atau band baru yang anda minat atau layan? Mesti ada kan? Time-time macam ni la best duduk dalam bilik sambil termenung atau buat kerja sendiri sambil randomly bukak playlists dalam Spotify, YouTube, Soundcloud, Apple Music or mana-mana streaming platform. Hampir 3 bulan dah kita di season kuarantin dan hampir 3 bulan tu macam-macam discovery of new music dari pelbagai genre kita dapat jumpa. Dari rock, ke metal, ke hip-hop, ke R & B dan sebagainya.
Untuk artikel ini, mungkin ada yang mengenali beliau mungkin ada yang belum. Buat yang belum dan buat yang dah kenal tapi nak kenal dengan lebih dalam lagi, we present to you, Sarawak born independent artist in the realm of hip-hop and R&B, Yung Kai!
Yung Kai
Beliau baru saja merilis lagu baru mereka yang berjudul Cocaine featuring Kedah born producer Jaake . Hold up!
Lagu ni pasal dadah ke!? Chill guys, tenang ajaa, lagu ni bukan pasal dadah. Ni lagu cinta ni, fer real. Haha. Lirik kami ada provide dekat bawah, anda baca sendiri dan interpret sendiri.
A bit of trivia tentang Yung Kai. Asal dari Sarawak dan mempunyai label/creative collective Ban Huat yang banyak features your local Malaysian Chinese artists in which I recommend you guys should check em out. Kita ada banyak bakat and they need your support! Beliau juga merupakan founder kepada Boiler Room My, di mana mereka menjual barang-barang streetwear.
Pic from Boiler Room My
Jaake pulak asal dari Kedah. Beliau mula terlibat dalam music production seawal 15 tahun dan mula DJ sebagai hobi. Beliau juga merupakan main producer untuk Ban Huat. Selain dengan Yung Kai, Jaake juga pernah berkolaberasi dengan beberapa artis tempatan seperti Dato Maw dan Jay Wang. Beliau merupakan producer yang amat berbakat kerana versatility beliau dalam membuat muzik tidak terhad kepada satu genre saja. Power!
Jaake
Check out lagu terbaru dari Yung Kai dan Jaake. Don’t forget to abuse butang like, subscribe & share! :
Lirik ;
Pre hook:
In my zone
Shawty can you put me in my zone
Would you do it with me through the phone
Low tones whisper through the phone
Through the phone yeah yeah
Hook:
Cocaine on the table feeling good right now
If you wanna fuck me baby fuck me good right now
Said you could make me feel really good right now
I’m getting high I ain’t really coming down right now x2
Verse:
You are what my soul needs
Whatever I need you already know
Infused with the antidote in white
Listen closely to my accelerated heartbeat
No lies, I could touch the sky
She put me on a cloud
I’m So high
Only you can put me completely in my zone
Name a thing is there anything that can take your place
in my heart yeah baby best believe i won’t lie
Yeah you get me trippin
Shit you got me trippin
Put it on the table
They could see my eyes Im Rollin
看进我的眼里让你看见最真实的我
但愿你也能够看见现在的我才是我
In my zone
Shawty can you put me in my zone
Would you do it with me through the phone
Low tones whisper through the phone
Through the phone yeah yeah
Hook:
Cocaine on the table feeling good right now
If you wanna fuck me baby fuck me good right now
Said you could make me feel really good right now
I’m getting high I ain’t really coming down right now x2