Apabila bercakap tentang standup komedi(komedi berdiri), yang terlintas di dalam kepala kita sudah tentu image seorang individu di atas pentas dan menghiburkan kita dengan lawak-lawaknya. Tapi bagaimana pula jika standup comedian(pelawak berdiri) itu adalah seorang rapper? Yes, that’s right. Untuk kategori discovery kali ini, memperkenalkan Macha Kacha Mata(MKM), beliau adalah seorang rapper, pelawak berdiri, penyair dan usahawan. Beliau telah rilis 2 buah ep pada tahun 2020 berjudul, ‘Alphabetical‘ dan ‘Black & White‘.

Sedikit info tentang MKM, beliau dilahirkan di Perak dan membesar di Sarawak. Beliau pernah menerbitkan buku puisi berjudul ‘Phenomenal Dilemma‘ pada usia 19 tahun. Buku puisi tersebut mengandungi hasil kerja MKM yang cenderung ke arah minat beliau dalam hip-hop dan rap. Beliau juga merupakan founder kepada SaraLawak, iaitu kumpulan komedi yang aktif membuat persembahan dan kolaberasi stand-up comedy dengan kumpulan lain di Malaysia.

Beliau juga memulakan BAR-OLAH! Seperti MTV’s Wild n ‘Out, di mana para komedian dan rappers membuat rap battle sambil mengasah skill masing-masing dalam berkata dan berayat. Selain daripada rap dan stand-up komedi, MKM juga terlibat dengan beberapa lakaran komedi dan sitkom dan antaranya ialah ‘Kampong Selepar Putus‘ yang pernah di tayangkan di TV3 bersempenaan Hari Sarawak (22 July 2020).

Macha Kaca Mata juga berkolaberasi dengan beberapa artist lokal seperti Steff Fleur, Napio Hatta & Shreya Contessa

Check out muzik beliau di streaming platform :

Spotify

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *