Episode ke-3 RukView kali ini kita memaparkan reaksi kepada muzik video terbaru Naim Daniel ‘Purnama’.

Sedikit info tentang Naim Daniel, beliau di lahirkan pada 9 September 1997 di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau mula terlibat dalam dunia hiburan seawal usia 11 tahun dan jenis muzik yang beliau minat adalah Pop dan R&B. Beliau merupakan graduan dalam bidan Pengajian Muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dan bernaung di bawah syarikat rakaman World Peace Entertainment.

Sumber gambar : iluminasi

Naim Daniel juga pernah membintangi filem ‘2 Hati 1 Jiwa’ arahan Prof A.Razak Mohaideen di bawah produksi Grand Brilliance Sdn Bhd dan Lineclear Motion Picture Sdn Bhd, ‘Bisik Pada Langit’ arahan Kabir Bhatia terbitan Astro Shaw dan Nusantara Seni Karya. Beliau juga ada terlibat dalam drama ‘Jelma musim pertama dan kedua’, ‘Cucu Betong’, ‘Gemilang’, ‘Cinta Elysa’, ‘Jangan Ambil Pedang Kami’, ‘Ayam’, ‘Ema Emyliana’, ‘Wadi’ dan ‘PIA’. Telefilem yang beliau terlibat juga adalah, ‘Sebelum Kiamat’, ‘Menanti Hari Itu’, ‘Dari Asar Ke Isyak’, ‘Ketika Daun Berzikir’ dan ‘Vlog Laura’.

Sumber gambar : iluminasi

Naim Daniel pernah tercalon dalam kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik menerusi filem 29 Februari di Festival Filem Malaysia ke-25 dan Artis Baru Lelaki Popular serta Pelakon Filem Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

Check out reaksi kepada muzik video ‘Purnama’ dari Naim Daniel bersama host JayC Ho dan Mousthofa.

Sumber : Iluminasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *