Sebuah gig yang akan anjurkan bagi mengimbas kembali ke zaman band-band ketika era 90an – 2000an. Selain daripada mengingati tentang masa lalu, menurut penganjur, gig ini juga diadakan sebagai tanda peringatan dan menghargai band-band yang wujud di era 90an – 2000an yang menjadi punca kepada band-band yang wujud masa sekarang, terutamanya mereka yang membuat persembahan pada gig ini tentang mengapa mereka ingin bermain muzik dan memilih kerjaya sebagai ahli muzik. Band-band yang membuat persembahan pada gig ini bukan sahaja membawa lagu-lagu original mereka, malah mereka juga akan membawa lagu-lagu cover kegemaran mereka dari era itu.

Gig ini bakal membawa para generasi Millennial kembali ke era remaja mereka dan para generasi Z mengembara ke zaman muzik era 90an – 2000an. Zaman 90an di mana para remaja pada masa itu mendapat sumber muzik mereka dengan menunggu di hadapan radio untuk mula merakam lagu-lagu kegemaran mereka di dalam kaset, dan sistem perdagangan pertukaran kaset di kalangan rakan-rakan sedang rancak berlaku di antara orang-orang muda pada ketika itu demi untuk mendapat pelbagai jenis muzik yang ada. Masuk zaman 2000an pula, remaja pada ketika itu mula menunggu di hadapan television untuk menonton MTV dan Channel V bagi mengetahui apakah muzik-muzik baru yang ada dan juga menunggu lagu-lagu kegemaran mereka untuk keluar di kaca television.

Menurut Lian, yang juga merupakan penganjur utama gig ini dan juga merupakan salah seorang ahli kumpulan At Adau, ‘Kami percaya dengan membawa kembali muzik masa silam ini, ia dapat mengekalkan semangat di dalam scene muzik yang lebih seimbang dan bertenaga untuk diteruskan oleh generasi-generasi yang akan datang.

Gig ini akan memaparkan band-band lama dan beberapa band-band baru juga. Band-band yang bakal membuat persembahan di gig ini adalah, United Kids of Oi!, Valkskynia, Kajor, Automatic The Remote, Ready Steady Go, Sequel Reveal, Viceroyz, Popang, Kolbenfaust, Space Bird dan Ethnic Transmission.

Tiket akan di jual depan pintu dengan harga RM50 dan bermula dari jam 1pm sampai habis. Gig ini akan di anjurkan di Culture City Kuching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *