Sebuah band Britrock/Indie/Alternative, The Rollers akan mengadakan sebuah press conference sempena rilisan EP mereka iaitu ‘Nada Kehidupan‘ yang akan berlangsung di LG Riverside Shopping Complex pada 6July 2024 (Sabtu). Persembahan istimewa dari The Rollers akan bermula jam 3.00pm sampai habis. Akan tetapi, pada tengah hari, akan ada persembahan lain juga yang akan berlaku.

Sedikit info mengenai The Rollers, mereka adalah sekumpulan kawan yang mempunyai minat yang sama di dalam bermain muzik. Port lepak mereka bersama adalah di sebuah shopping mall yang pada suatu ketika dahula di akhir 90an dan sekitar pre-2010 iaitu Riverside Shopping Complex. Ahli-ahli The Rollers adalah terdiri daripada Wandy sebagai vokal dan gitaris, A-one sebagai gitaris, Lahouk sebagai bassist, Bedy sebagai keyboardist/synth dan Zezep sebagai pemain drum.

Berkenaan EP The Rollers ‘Nada Kehidupan‘, menurut hebahan akhbar yang di hantar oleh The Rollers, mesej-mesej yang ingin disampaikan oleh mereka adalah mengenai kehidupan serta situasi yang berlaku pada masa kini. Oleh itu, nama EP ini dinamakan ‘Nada Kehidupan‘.

EP ini mengandungi 5 buah lagu dan semuanya adalah hasil ciptaan Wandy sebagai ketua band sambil dibantu dan diwarnakan oleh ahli-ahli band The Rollers yang lain. Penciptaan EP ini mengambil masa hampir setengah tahun untuk disiapkan dan akhirnya ianya telah berjaya disiapkan walaupun terdapat sedikit kekangan kerana setiap ahli band sibuk dengan komitment hidup masing-masing. EP ini dirakamkan di studio Tiga Abdul oleh Encik Bojeng. EP ini akan di lancarkan secara rasminya pada 6 July 2024 (Sabtu) di LG Riverside Shopping Complex Kuching.

Untuk mengikuti lebih lanjut di laman internet akan The Rollers, boleh lah check out di linktr mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *