Brainer, seorang Dj underground dari bandar raya Kuching baru sahaja meriliskan EP terbaru beliau, iaitu ‘Tangerine Dreams‘. Gaya muzik yang terdapat di dalam Ep ini adalah bergenrekan muzik House secara amnya dan boleh di dapati di setiap platform striming.
Sedikit info mengenai Brainer. Nama sebenar beliau adalah Ryan dan beliau mula aktif melibatkan diri dalam scene underground Dj di Kuching Sarawak semenjak tahun 2018. Minat beliau di dalam muzik bermula dengan muzik-muzik seperti Rock dan Metal. Selepas itu, skop muzik beliau mula membuat transisi ke Indie dan muzik elektronik. Dari situ, beliau mula di perkenalkan dengan seni Dj dari kawan beliau dan mulai dari situ lah, beliau mula melibatkan diri di dalam dunia Dj. Brainer juga merupakan salah seorang daripada founder untuk NWHR. Sebuah kolektif muzik elektronik yang ditubuhkan pada tahun 2019 bersama-sama dengan beberapa Dj-dj underground lain seperti Kretek, Hadiid dan Heuremin.
Beliau juga telah mula melibatkan diri di dalam produksi muzik dan banyak bereksperimentasi dengan pelbagai genre. Ep Tangerine Dreams ini merupakan langkah pertama Brainer dalam menceburi bidang produksi muzik dan dijangkakan akan meriliskan lebih banyak muzik di masa hadapan klak. Selain banyak bermain di beberapa gig pop-up di sekitar Kuching, Brainer juga pernah bermain di beberapa festival seperti di Sunbear 2022, Songwak 2024, beberapa gig di sekitar semenanjung Malaysia dan beliau juga merupakan resident Dj di Zinc Restaurant.
Check out, Ep pertama dari Brainer Tangerine Dreams yang boleh di dapati di platform Spotify, YouTube Music dan sebagainya!