Rapper muda dari Kuching, Sarawak Irfan Aniq telah meriliskan EP terbaru beliau yang berjudul “Chevron” dan boleh di dengari di setiap streaming platform online. EP ini merupakan sebuah kenyataan tentang Underground Hip-Hop di Borneo.
Menurut Irfan Aniq melalui hebahan akhbar yang di hantar mengenai EP ini, “EP ini adalah tentang halatuju. Ia bukan sahaja tentang ke-arah mana saya akan pergi, tetapi tentang pendirian saya juga. Setiap track di dalam EP ini adalah penanda peribadi, politikal atau emosi. Chevron membawa setiap point ini kehadapan.“
Selepas kejayaan debut album Irfan Aniq yang pertama iaitu “Detour” pada tahun 2024, EP “Chevron” ini merupakan evolusi di dalam kerjaya seni Irfan Aniq. Terdapat 4 buah lagu di dalam EP ini dan pelbagai jenis irama yang ada didalam penciptaan beat Hip-Hop untuk EP ini. Antara bunyi-bunyian yang ada adalah sentuhan muzik Trap, Jungle dan sedikit pengaruh sonic lokal. Dengan produksi beat-beat ini yang di buat oleh Zai dan nicXL, Chevron memaparkan kematangan Irfan Aniq didalam penulisan lirik dan perjalanan kreatif beliau.
4 track yang terdapat di dalam EP ini adalah:
- Yute
- Astana
- CA$H ON ME (feat. Ziji.Q)
- Lay Low
Dengan rilisnya EP Chevron ini, Irfan Aniq telah mengukuhkan lagi tempat nya di dalam scene muzik dan sub-budaya Hip-Hop di Malaysia.
Teruskan stream EP terbaru dari Irfan Aniq “Chevron” yang boleh di dengari di setiap platform streaming muzik seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music dan sewaktu dengan nya.