Sebuah gig Pre-Gawai Hardcore Show yang di anjurkan oleh kolektif Hardcore Kuching iaitu SKON CREW akan berlangsung di Backdoor Studio pada 30 May 2025(Jumaat) bermula dari 8.00pm sehingga habis! Gig ini dinamakan “Friday Night Brawl Vol.3” dan akan memaparkan band Hardcore daripada Bandung Indonesia iaitu Bleach.

Gig ini juga merupakan sebahagian daripada jelajah rilisan EP terbaru dari Bleach iaitu “Cursed Life Fades” dan Kuching, Sarawak adalah sebahagian daripada perhentian dari 16 buah lokasi jelajah ini. Dalam semua jelajah ini, Kuching, Sarawak akan menjadi perhantian pertama untuk jelajah bahagian pulau Borneo. Di ikuti pula dengan Kota Singkawang dan seterusnya di Pontianak Kalimantan.

Antara band-band lokal dari Kuching Sarawak yang akan membuat persembahan pembukaan untuk gig ini nanti adalah Schiv, Path To Survive, Counterback dan Sawtorture. Gig ini juga dianjurkan dengan kerjasama semangat D.I.Y Hardcore Punk secara kolektif tanpa mempunyai apa-apa sponsors dan stakeholders dari mana-mana pihak.

Tiket untuk ke gig Friday Night Brawl Vol.3 ini adalah di jual dengan harga RM35(pre-sale) dan RM45 di hadapan pintu. Para pengunjung juga digalakkan untuk membawa isi kewangan lebih kerana akan terdapat pelbagai merchandise dari band-band yang akan membuat persembahan. Ayuh kita berbelanja di dalam ecosystem seni, kreatif dan hiburan underground bagi memastikan kelestarian scene indipendent/underground akan dapat terus berkekalan secara organik, sihat dan mencipta peluang pekerjaan.