Sebuah gig yang akan bertemakan bunyi-bunyian Shoegaze dan sewaktu dengannya berjudul ‘Catch The Breeze’, bakal berlangsung di ruang acara Lek. pada 27 June 2025(Jumaat) bermula dari jam 8.00pm sampai habis! Gig ini di anjurkan dengan kolaberasi bersama antara Go!Kebes, Yang Terlibat dan Rock Room Collection.
Gig ini akan memaparkan band lokal dan dari Indonesia. Mereka adalah No.Mo, Johndill, Spacebird, dan Lavndear. Turut sama yang akan menghiasi ruang acara dengan muzik adalah persembahan istimewa daripada Dj/selektor iaitu Syntak.
Tiket untuk malam Post-Rock ini dijual dengan hanyak RM35 untuk pre-sale dan RM45 untuk di hadapan pintu. Sekiranya anda meminati bunyi-bunyi distortion dan ambient gitar yang bermain dengan emosi dan perasaan, anda sangat-sangatlah digalakkan untuk menghadiri acara ini. Bawalah rakan-rakan anda dan hiasilah malam hujung minggu anda dengan Shoegaze dan santai.