Artist Indie Spncr telah meriliskan sebuah visualizer lirik video untuk single terbaru beliau iaitu ‘Sorry, Tua Kaban Aja‘ yang boleh di tonton di YouTube dan di dengari di setiap muzik steaming platform. Lagu ini merupakan sebuah lagu yang emotional dan ia menceritakan tentang patah hati, cinta yang bertepuk sebelah tangan dan perjuangan dalam untuk meneruskan kehidupan. Lagu ini menggabungkan bahasa Iban dan bahasa English.

‘Lagu ini adalah tentang kesakitan yang perlu di hadapai secara sendiri kerana cinta yang tidak terbalas. Ia adalah sesuatu yang pasti dihadapi oleh orang ramai secara diam dan oleh kerana itu, saya ingin meletakkan semua perasaan dan emosi tersebut di dalam lagu saya‘ kata Spncr.

Muzik yang di bawah oleh Spncr, beliau mendapat inspirasi daripada artis seperti D4vd, Billie Eilish dan Pamungkas. Dengan menggabungkan pengaruh muzik bunyi-bunyian Bedroom Pop dan Indie-Rock, maka terjadi lah track ini dimana apabila di dengar pada waktu malam, bersendirian dan jika pendengar pun berada dalam situasi patah hati, lagu ini pasti akan membuat para pendengar lebih merasai apa yang dinyanyikan oleh Spncr.

Lagu ini telah diriliskan pada 28 September 2025, di rekod di Magna Studio, dan di Mix dan Master oleh Masta G. Jangan lupa untuk dengar dan tonton lirik video ‘Sorry, Tua Kaban Aja‘ dari Spncr dan jangan lupa untuk like, subscribe dan follow!