Antara band yang akan membuat persembahan pada Terra Music 2025 adalah sebuah band yang membawa bunyi-bunyian Alternative Rock/Metal daripada Kuching, Sarawak iaitu The Outsider’s Edge (TOE). Mereka juga baru-baru ini telah meriliskan sebuah muzik video terbaru mereka iaitu ‘Hello‘ yang boleh ditonton di channel YouTube mereka.

Muzik video ini di rakamkan di Dewan Serbaguna Kampung Atas (Singai) dan juga di AOK Studio (Matang). Antara crew-crew yang terlibat dalam process pengembaraan muzik video ini adalah Wan Nazran dan Martin Bong (The Bright Folks). Untuk shot drone pula ia dilakukan oleh Mohamad Johari dan post-production editing pula dilakukan oleh Sylvester Bong. Semenjak premier muzik video ini dibuat pada 10 September 2025 yang lepas, sehingga sekarang, muzik video ‘Hello‘ telah mendapat lebih daripada 34-ribu penonton. Ini menandakan lagu ini telah mendapat tempat buat pendengar-pendengar muzik tempatan.

Sedikit info mengenai TOE, mereka berasal dari Kuching, Sarawak dan telah wujud seawal tahun 2008 sebagai salah sebuah projek band ketika mereka masih di sekolah menengah. Semenjak itu, band ini telah melalui pelbagai evolusi dan sekarang ini, band ini di anggotai oleh Dean Miguel Jackson (vokal & gitar), Farouk Kamil (gitar kedua), Brian (bass) dan Aiman (dram). TOE juga pernah meriliskan EP pada tahun 2014 yang berjudul #borneosoundsymphonyEP

Untuk inspirasi dan pengaruh bunyi pula untuk band TOE pula adalah dari pelbagai variasi dan campuran minat oleh setiap ahli band. Antara band-band yang menjadi sumber rujukan dan inspirasi untuk TOE pula adalah seperti Deftones, Tool dan Incubus. Dengan menggabungkan bunyi-bunyian ambience di sertakan dengan alunan gitar yang keras dan berat, maka terhasil lah bunyi yang menggambarkan TOE. Dengan lirik yang mempunyai jalan cerita di mana para pendengar pasti dapat merasai emosi yang ingin di sampaikan oleh TOE.

Di sepanjang penubuhan TOE, mereka telah bermain di banyak gig-gig independent/underground dan termasuklah juga di atas pentas-pentas mainstream. Showmanship TOE di atas pentas memang tidak dapat dinafikan. Oleh itu, jangan lupa untuk saksi kan TOE pada Terra Music 2025 di Dewan Cats.FM pada 22 November 2025, kerana acara ini bukan sahaja menjanjikan persembahan yang hebat daripada band-band antarabangsa, tetapi juga daripada band-band tempatan yang pasti akan membuat anda ingat dan lebih menghargai bakat-bakat yang ada daripada pejuang-pejuang seni dan muzik tempatan.

Klik link dibawah untuk dapatkan tiket untuk Terra Music 2025:

https://saratic.com/event/terra-music-2025/: The Outsider’s Edge, Telah Meriliskan Muzik Video ‘Hello’ dan akan beraksi di Terra Music 2025