Seni Kita, sebuah festival seni yang di anjurkan oleh HAUS KCH kembali untuk suku ketiga 2025 dengan tema terbaru iaitu Jungle of Light. Acara yang di anjurkan dengan usaha daripada para komunitas-komunitas seni ini akan berlangsung di bangunan Yun Phin bermula dari jam 3.00pm sehingga 10.00pm. Acara ini akan memaparkan pelbagai perkara kreatif yang di hasilkan oleh usahawan-usahawan kreatif dan bakat-bakat dari pelbagai bidang kreatif untuk di pamerkan kepada orang ramai.
Seni Kita: Jungle of Light di sokong oleh Arts for All Seasons (ArtsFAS), sebuah geran dari Yayasan Hasanah dan festival ini nanti akan memaparkan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik dan antara nya ialah pasar artisan, bengkel pemetaan unjuran(projection mapping), tayangan filem, pameran seni, demonstrasi grafiti, cat-along, persembahan-persembahan seperti Word of Mouth(sesi puisi, open mic) dan Mighty Desk: Volume 3; sebuah konsert mini yang menampilkan artis dan band dengan pembawaan muzik eksperimental.

Untuk pasar artisan kali ini akan memaparkan 32 vendor tempatan yang akan di pisahkan mengikut 2 venue. 29 vendor akan di tempatkan di HAUS KCH dan 3 vendor akan di tempatkan di Kuching Comic Con (KCC). Antara vendor-vendor yang ada di festival ni nanti adalah Alit Production, Baked By Puteri, Like That x Lejoyland, Figs & Ferns, Toofies Kch, Gerai Sulu Nuan, Daisy Dalia, Mach.jia, Songbird Ledgers dan macam-macam lagi. Dari makanan & minuman, barangan buatan tangan, cetakan seni dan aksesori boleh pakai.
Goethe-Institute Malaysia, sebuah institusi budaya dari Jerman yang mempunyai ofis di Kuala Lumpur, merupakan antara kolaberasi untuk Seni Kita, dan mereka akan membuat ulang tahun ke-15 untuk Tayangan Festival Filem Sains. Para pengunjung akan berpeluang untuk menonton pelbagai jenis filem yang di kurasi khas untuk acara ini. Antara topik-topik yang di bincangkan di dalam filem-filem yang akan di tayangkan nanti berkenaan tentang edukasi, sains, persekitaran, budaya, sejarah, teknologi dan macam-macam lagi. Tayangan filem ini akan bermula dari jam 1.00pm sehingga 5.00pm.
Terdapat pelbagai lagi aktiviti-aktivit yang menarik akan berlaku di Seni Kita dan orang ramai yang mempunyai minat terhadap apa-apa perkara kreatif atau ingin mengetahui tentang perkara-perkara kreatif tempatan kita, adalah di jemput untuk datang ke bangunan Yun Phin pada 13 & 14 Disember 2025(Sabtu & Ahad), kerana anda pasti akan kagum dengan bakat-bakat yang terdapat di Sarawak yang memerlukan perhatian anda semua. Ayuh! Kemasukan adalah percuma!
