Festival Atas Angin akan membuat Atas Angin Tour dan lokasi terakhir akan di adakan di Star On Stage (S.O.S) Kuching, Sarawak. Acara ini akan dibuka secara percuma kepada orang ramai sebagai tanda penghargaan Atas Angin Malaysia kepada peminat dan penyokong muzik tempatan yang berada di Borneo. Acara ini akan diadakan pada 24 Januari 2026(Sabtu) bermula dari jam 4.00pm sampai habis. Kemasukan adalah PERCUMA!

Jelajah Festival Atas Angin 2026 merupakan salah satu inisiatif khas oleh pihak penganjur sebagai pemanas badan untuk acara kemuncak iaitu Atas Angin Festival 2026: ONE LAST SHINE, yang akan berlangsung pada 14 February 2026(Sabtu) bertempat di Rooftop @ 7, MyTown Cheras. Siri jelajah Atas Angin ini di anjurkan bukan sahaja untuk memperkenalkan festival Atas Angin kepada khalayak ramai tetapi ia diharapakan dapat menjadi platform untuk mendekatkan komuniti muzik Indie tempatan dengan peminat muzik bukan Indie secara lebih intim.

Edisi Atas Angin Kuching akan membawa 6 pemuzik tempatan iaitu Heroine, The Rollers, Drasska, Adruce Azman, Jon Kennedy & Harith serta Huza. Pada acara ini juga promosi untuk tiket Atas Angin 2026 akan di jual dengan harga semurah RM105 seorang berserta dengan merchandise untuk para pengunjung.

Menurut penganjur Atas Angin 2026, “AAF26 Tour bukan sekadar persembahan pentas, tetapi satu pergerakan untuk membawa semangat Atas Angin MY ke seluruh komuniti muzik tempatan. Kuching menjadi penutup yangsangat bermakna sebelum kami melangkah ke ONE LAST SHINE di Kuala Lumpur“.

Antara visi jangka panjang Atas Angin adalah untuk mencipta satu ekosistem muzik bebas yang mampan, inklusif, dan merentasi sempadan geografi. Ayuh, jum memeriahkan Atas Angin Festival 2026 Tour di Kuching pada 24 Januari 2026(Sabtu) bermula dari jam 4.00pm.