Sebuah band Modern Metal, Six Odd Figures telah meriliskan sebuah muzik video feat dengan Dreadth dari Lost Infidel bertajuk Nyata. Muzik video ini di arahkan oleh Adam, Abraham Amos, Anderson Empaling, dan Faried Zair. Lokasi muzik video Nyata ini di rakam di Purrfect Studio, Kuching, Sarawak. Lagu pula di mix & master oleh Sonic Heresy Production.
Sedikit info mengenai Six Odd Figures, sebelum ini mereka di kenali sebagai band The Rambos yang di tubuhkan pada tahun 2014 bertempat di Kuching, Sarawak, Malaysia oleh Amir dan beberapa lineup yang lain. Mereka telah meriliskan sebanyak 5 single, 3 muzik video, dan telah bermain di beberapa gig underground di sekitar negeri Sarawak. Namun di sebabkan komitment kehidupan dan keluarga, The Rambos mengambil keputusan untuk berada dalam keadaan hiatus sebelum mereka kembali beraksi di dunia muzik underground Sarawak.

Dikenali sebagai The Rambos pada awalnya, band ini mula menyepi dari scene underground lokal di Sarawak sejak 2021. Dengan rilisan muzik video terbaru mereka berserta dengan nama baharu, Amir yang dahulu merupakan vokalis utama mereka ketika mereka masih The Rambos sekarang telah menukar posisi menjadi pengurus serta co-producer, untuk band yang masih sama tetapi hanya menukar nama kepada apa yang di kenali sekarang sebagai Six Odd Figures.
Lineup-lineup Band Six Odd Figures merupakan gabungan kepada beberapa lineup band-band lain di sekitar Sarawak seperti Say Hello Good Morning, Rebel Crash, Ethnic Transmission, Kolbenfaust, Seal All Sorrow, Borgore, Mavis Dirty Project, NNC (Nyam Neh Ceh), dan Klakuang Oyuok. Mereka adalah Totoi(vokal), Noct(vokal), Cikong(gitar), Amon(gitar), Kui(bass), dan Kurik(drum).’

Pengaruh muzik Six Odd Figures adalah dari band-band seperti, Killswitch Engage, As I Lay Dying, Parkway Drive, Atchitects, Trivium, In Flames, Erra, Sylosis, Architects, Bring Me The Horizon, Massacre Conspiracy, Sekumpulan Orang Gila(SOG), Ballad For Layla, Naratu, Restraint, Incarnation dan macam-macam lagi yang sewaktu dengannya.
Menurut Amir mengenai lagu Nyata, “Ia adalah sebuah nukilan daripada kehidupan setiap manusia yang menginginkan keadilan, keharmonian dan kebebasan untuk jiwa-jiwa terpelihara namun sedar bahawa tiada yang telus, tulus serta benar.” Tambahan beliau lagi, “Tindakan harus dilakukan untuk membalikkan situasi tetapi tiada yang mampu dilakukan bila terbabitnya kuasa-kuasa yang lebih kaya dan berkuasa. Ketika itulah, semut-semut mula berkumpul, membentuk gergasi membawa ombak dan rombakan harus dilakukan!”
Lagu Nyata adalah bukan sekadar falsafah, tetapi ia adalah seruan dan tindakan untuk jiwa-jiwa yang merasakan diri mereka adalah seperti ditindas untuk behenti meratap dan mula bersatu untuk meruntuhkan tembok ketidakadilan.
Jangan lupa untuk follow Six Odd Figures di setiap platform media sosial dan tonton muzik video Nyata. Jangan lupa untuk like, subscribe dan share!