Penyanyi berasal dari Padawan, Carrie Geres telah melancarkan sebuah muzik video baru iaitu “Dayung Bidayuh” versi baharu remix 2026 yang boleh di dapati di setiap platform streaming muzik. Lagu ini pada mula nya telah di terbitkan pada tahun 2015 dan liriknya pula menggunakan dialek Biperoh dengan penggunaan bahasa moden serta slanga dari Kampung Garung dan Kampung Jambu. Lagu ini di tulis dan digubah oleh Lester Geres dan di rakam dan di mix & master oleh Bernie Joel Geres di studio Tsitra Music

Menurut Carrie, lagu “Dayung Bidayuh” bertemakan tentang pemerkasaan wanita di dalam kalangan wanita Bidayuh. Walaupun sebahagian daripada lirik untuk lagu ini merujuk kepada Dayung Biperoh yang juga merupakan penghormatan kepada sub-kumpulan Biatah, lagu ini juga sebenarnya meraikan wanita Bidayuh secara kesuluruhan sama ada mereka datang dari Padawan, Bau, Serian, Lundu dan juga Kalimantan Barat, Indonesia.

Lagu ini pernah dinobatkan sebagai juara Anugerah Carta Lagu Bidayuh 2019 oleh Wai FM Bidayuh. Lagu ini di keluarkan pada mulanya selepas kejayaan single pertama Carrie iaitu “Tenggie Ku” dan juga pernah memberi impak yang besar serta membawa pembaharuan yang nyata di dalam landskap muzik Bidayuh.

Menurut Lester yang juga merupakan penulis dan penggubah untuk lagu ini, pemilihan bahasa Bidayuh di dalam lagu ini adalah bertujuan untuk mempromosikan warisan budaya dan identiti masyarakat Bidayuh moden agar ia berkembang seiring dengan peredaran zaman. Walaupun penggunaan bahasa adalah tidak tulen sepenuhnya dari segi dialek, tetapi ia mencerminkan cara pertuturan masyarakat Bidayuh masa kini dan pada masa yang sama, masih tetap mengekalkan unsur warisan budaya yang tersendiri.

Lester yang juga merupakan peminat kepada genre Hip-Hop dan R&B, dan dengan menggunakan bahasa Bidayuh sebagai bahasa utama di dalam lagu ini, Lester berharap dengan pendekatan sebegini, ia akan dapat menarik lebih banyak minat daripada generasi muda untuk menerokai dan menjiwai lagu dan muzik ini dengan lebih mendalam.

Dengan versi remix 2026 pula, sempena dengan ulang tahun ke-10 lagu ini, Carrie dan Lester membuat keputusan untuk menstruktur semula susunan muzik lagu ini. Beberapa elemen baharu juga telah ditambah di bahagian Rap dengan beberapa bahagian di dalam bahasa Inggeris yang di persembahkan oleh Carrie sendiri. “Dari sini, kita dapat melihat sisi bakat Carrie bukan hanya pada nyanyian, tetapi beliau juga boleh Rap juga. “Saya menambah versi Rap untuk buktikan kepada orang ramai bahawa saya bukan hanya boleh menyanyi, saya juga boleh rap. Satu perkara tentang saya yang ramai orang tidak tahu. Untuk remix 2026 ini, saya ingin menampilkan rap saya.

Untuk muzik video Dayung Bidayuh yang di arahkan oleh pengarah GX, muzik video ini menampilkan gabungan elemen tradisional dan moden dari segi fesyen tradisional, kontemporari, couture dan juga streetwear. Sebahagian daripada rekaan busana yang digunakan di dalam muzik video ini juga selain menggunakan element Bidayuh, turut ada adalah elemen etnik Dayak yang lain sebagai penghormatan kepada kepelbagaian budaya yang terdapat di Sarawak dan Kalimantan. Busana-busana yang di gunakan di dalam muzik video ini adalah daripada MG Couture dan juga HafizDressmaker.

Muzik video ini juga turut menampilkan kemunculan khas dari Dashin Anak Ngalong. Beliau merupakan salah seorang wanita Bidayuh Ring Ladies yang terakhir dari kampung Semban. Muzik video ini juga akan menampilkan artis jemputan iaitu Pearl dan Rendall daripada band Swaiv. Penyanyi dan penulis lagu Jasmine John dan Michael Gayut MG juga akan berada di dalam muzik video ini.

Carrie Geres (kiri), Dashin Anak Ngalong (kanan)

Apa yang uniknya mengenai pembikinan muzik video ini, proses pengembaraannya berlaku di sepanjang durasi 9 tahun merentasi 3 fasa berbeza. Pada tahun 2018, muzik video ini di ambil berhampiran Annah Rais menggunakan iPhone, pada tahun 2023 di Kuching di rumah Carrie Geres sendiri dan penggambaraan ke-3 berlaku di awal tahun 2026 di Semadang dan Kampung Garung.

Jangan lupa untuk tonton muzik video ini dan like, subscribe dan follow Carrie Geres di setiap media sosialnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai beliau.