Rapper lokal HSW(Hayrington Suring William) baru sahaja meriliskan album digital yang boleh di dapati di semua digital streaming platform.

HSW sebelum ini kerap melakukan video-video cover melalui channel youtube beliau The Weekend, di mana beliau dan rakan-rakan beliau melakukan cover untuk lagu-lagu lokal lama dan baru. Bermula dari situ beliau telah aktif melakukan video-video cover apabila channel beliau mula mendapat perhatian. Malang sekali di sebabkan masalah monetisation, channel tersebut terpaksa di hentikan.

Enggan meyerah kalah kerana minat yang mendalam untuk membuat muzik, beliau membuat akaun youtube baru yang bernama 96K Studios bagi menggantikan channel The Weekend di mana kali ini bukan hanya video cover, tapi juga melibatkan kolaberasi beliau dengan artist-artist lokal yang lain.

HSW

HSW juga merupakan antara anak muda yang rap dalam bahasa Iban menggunakan irama hip-hop. Selepas beliau banyak meriliskan lagu-lagu beliau dalam bahasa Iban dengan menggunakan muzik rap, sedikit demi sedikit, lanskap industri muzik lokal Sarawak dapat melihat semakin ramai anak muda mula berani menyanyi dan rap dalam bahasa Iban. Antara nya adalah Timo dimana HSW juga ada kolaberasi dengan beliau dalam lagu Smile.

Di dalam album digital HSW, beliau juga ada berkolaberasi dengan rapper-rapper lokal lain seperti Kid Echigo dan Deva Melbourn.

HSW, Kid Echigo & Deva Melbourn

Untuk mendengar album debut HSW berjudul Ngilah Remang(Beyond The Skies) dalam semua platform digital, boleh click link ;

Spotify

Apple Music

Tidal (Sorry admin takde link ☹️)

Amazon Music (Pun takde jugak ☹️)

Google Play Music (Takdee jugak ☹️)

Deezer(Lagi lah takde☹️)

*Kalau anda ada platform streaming digital lain tu, pandai-pandai la cari ya. Cuma taip HSW je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *