Medes. Itu yang dapat admin gambarkan untuk muzik video “Lawa”, lagu dari seorang penyanyi lokal TIMO. Penyanyi yang mula mendapat perhatian semenjak lagu beliau Pulai di riliskan dalam YouTube pada awal tahun ini.

Sedikit info tentang penyanyi muda yang berasal dari Sibu ini. Beliau mula menyanyi apabila di pilih untuk menjadi lead singer untuk Gereja beliau dan mulai dari saat itu, beliau mula merasai bahawa muzik boleh menggerakkan jiwa dan mulai dari saat itu, beliau yakin bahawa muzik adalah jalan yang di pilih untuk mengekspresikan diri.

Pada tahun 2018, beliau mula melakukan projek muzik beliau dengan rakan-rakan beliau Josh & Benjo di bawah nama Sibu Flow dan mereka telah mencipta beberapa buah lagu. Malang sekali akibat masalah-masalah peribadi, kumpulan tersebut terpaksa went on hiatus sekejap.

Tahun 2019, mereka semua mula bergabung semula dan memutuskan untuk meriliskan karya hasil dari projek lama mereka iaitu Pulai. Projek tersebut merupakan projek yang amat bermakna untuk mereka kerana lagu di dalam Pulai menceritakan kesedihan yang di alami apabila orang yang terdekat dengan kita meninggal dunia. Lagu tersebut mendapat sambutan yang hangat di kalangan scene muzik lokal. Lagu tersebut diriliskan di awal tahun 2020 dan di nyanyikan dalam bahasa Iban, tetapi sambutan yang di terima adalah dari berbilang bangsa. Seperti yang Timo sangkakan ketika awal penglibatan beliau di dalam muzik, muzik boleh menggerakkan jiwa manusia dan semuanya terbukti apabila lagu Pulai di terima oleh pelbagai masyarakat dan semuanya terjadi dengan lagu Pulai.

Kemunculan Timo dalam scene muzik lokal juga mendapat perhatian seorang lagi artist lokal iaitu HSW dan mereka pun mula melakukan kolaberasi. Mereka telah meriliskan lagu berjudul Smile. Seperti Pulai, lagu ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan beliau terus meriliskan lagu dan MV terbaru beliau iaitu ‘Lawa’. Muzik video tersebut adalah arahan daripada Sydney Atin Films, salah seorang videographer yang banyak menghasilkan video-video yang berkualiti di Sarawak dan hasil muzik video untuk lawa anda boleh checkout di bawah. Memang lawa, memang medes ;

Platform media sosial dan untuk stream muzik Timo ;

Instagram

Spotify

Apple Music

YouTube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *