Penulis lagu, komposer dan producer Galvin Patrick telah meriliskan lirik video ‘Til I Found You‘ hasil kolaberasi beliau dengan DJ AndonRock, Jed Brewer dan Hallie Brewer.

Sedikit info tentang Galvin Patrick, beliau merupakan komposer, penulis lagu dan juga producer. Beliau juga pernah berkolaberasi dengan Matthew Ngau Jau, seorang pembuat dan pemain sape dan juga merupakan Malaysia’s Living National Heritage. Antara lagu-lagu ciptaan Galvin pula adalah Try To Save The World – Galvin Patrick feat Mr Boy yang pernah di pilih untuk kompilasi Indie Aid For Japan sempena peristiwa Tsunami pada tahun 2011, Lagu Ini Hanya Untukmu featuring Nutty Slicc, pernah memenangi anugerah VIMA(Voice of International Awards) Malaysia pada tahun 2014 dalam kategori ‘Best Genre Bendar’ dan Kamek Sayang Sarawak untuk radio lokal Sarawak Cats.fm yang juga telah menjadi lagu thema official untuk Lan Berambeh Anak Sarawak 2018 dan juga merupakan lagu anthem untuk hari kemerdekaan Sarawak pada tahun 2019. Galvin juga merupakan penulis lagu untuk Warner Chappell Music Malaysia Sdn Bhd.

Galvin Patrick

DJ AndonRock pula berasal dari Sabah dan juga merupakan resident DJ untuk French Electronic Radio Label dan Radio Eibiza. Antara jenis muzik yang beliau suka mainkan di setiap sesi beliau adalah muzik yang bergenrekan Bass House, Future House, Progressive House dan Melbourne Bounce.

DJ AndonRock

Jed pula adalah dari Miami, Florida, America Syarikat dan juga merupakan penulis lagu, producer dan komposer yang sekarang berpengkalan di Chicago. Beliau juga pernah menyumbang kepada muzik score untuk filem Goodbye Hello, yang pernah memenangi anugerah di San Francisco World Film Festival untuk category Best Foreign Film. Jed juga merupakan producer untuk The Bridge Loud, sebuah online radio show yang bercakap menganai masalah sosial yang di alami oleh anak muda yang ingin memula baru kehidupan mereka. Muzik Jed pula banyak memaparkan sumbangan daripada isteri beliau juga iaitu Hallie dan Jed juga pernah berkolaberasi dengan lagenda blues Chicago iaitu Glenn Kaiser.

Hallie dan Jed Brewer

Check out lirik video kolaberasi antara DJ, producer dan artis dari Malaysia dan America Syarikat di bawah ;

Tajuk : Til I Found You

Komposer/lirik : Galvin Patrick, Andonrock, Jed & Hallie Brewer

Vokal : Galvin Patrick, Jed & Hallie Brewer

Lirik Video : Jed Brewer

Mix & Master : Galvin Patrick

Publisher : Warner Chappell Music (Malaysia) Sdn Bhd

Untuk stream lagu-lagu dari Galvin Patrick boleh checkout di platform ;

YouTube

Spotify

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *