Deck Zeak rilis muzik video ‘It’s Kinda(Batang Egoh)’ featuring BernTheHouse & J.D.

Deck Zeak

Sedikit info tentang mereka, Deck Zeak merupakan penyanyi penulis lagu independent yang berasal dari Kuching Sarawak. Beliau mula bermain muzik seawal umur 15 tahun dan pengaruh muzik beliau pada awalnya di pengaruhi dengan bunyi-bunyian Hip-Hop, Rock, Pop, Punk dan Metal. Beliau juga merupakan self – taught dalam gitar, bass, piano dan drum. Selain bermain solo, beliau juga mempunyai band sendiri iaitu The Fingerprints. Mereka pernah bermain di Kuching Waterfront Jazz Festival.

BernTheHouse

BernTheHouse pula adalah penulis lagu yang berasal dari Kuching Sarawak dan seperti Deck Zeak, beliau merupakan self-taught musician. Bern pernah menyertai battle of the band dan pernah membuat persembahan Earth Hour di Kuching. Beliau mengisi masa lapang beliau dengan menulis lagu dari pelbagai genre dari metal sehingga ke pop.

J.D (K.C.H)

J.D adalah rapper dan penulis lagu yang berasal dari Kuching Sarawak. Beliau mula berjinak dengan muzik rap sejak berumur 8 tahun dan beliau juga pernah menganggotai band metal ‘We The Leader’ sebagai peman bass. Pada 5 april 2020, beliau mula meriliskan single pertama beliau iaitu ‘Book of Jeremiah‘ di youtube. J.D juga merupakan salah seorang daripada kumpulan rap di Kuching iaitu ‘Krooked Clan Hood(K.C.H)‘.

Lagu terbaru rilisan mereka ini merupakan lagu cinta untuk gadis-gadis Dayak dan juga ditujukan untuk gadis-gadis seluruh dunia. Lagu ini dinyanyikan dalam bahasa english dan bahagian rap J.D adalah dalam bahasa Bidayuh dari 3 kawasan iaitu kawasan Serian, Bau & Padawan.

Check out muzik video Deck Zeak featu BernTheHouse & JD berjudul ‘Its Kinda(Batang Egoh) di bawah ;

Lagu ini pun boleh di dapati di platform Spotify.

Artists : Deak Zeak, BernTheHouse & J.D (K.C.H)

Komposer : Deck Zeak, BernTheHouse, J.D & Galvin Patrick

Lirik : Deak Zeak, BernTheHouse, J.D & Galvin Patrick

Videographer : Adrian David

Editor : Leenton

Publisher : Warner Chappell Music (Malaysia) Sdn.Bhd

Distributor : Magna Entertainment

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *