Alena Murang, artis kelahiran Sarawak yang juga di kenali sebagai ‘Sarawak’s Sape Sweetheart’ yang kini menetap di Kuala Lumpur baru sahaja meriliskan MV terbaru beliau yang berjudul “Warrior Spirit” iaitu semangat pahlawan di platform YouTube.
Muzik video ini di arahkan oleh Sarah Lois Dorai yang juga merupakan sepupu beliau dan di produce dengan kerjasama oleh Project Room dan Kanid Studio. Mereka adalah dari pasukan yang sama yang menerbitkan muzik video “Midang Midang” yang juga telah memenangi anugerah Penggayaan Terbaik di Festival Video Muzik Bueno Aires 2020. Muzik video ini juga berjaya dihasilkan dengan sokongan daripada CENDANA, Sarawak Tourism Board, Sarawak Convention Bureau, Gebriel Padan dan Styllar.

Sedikit info mengenai Alena Murang, beliau merupakan artis Sape(alat muzik traditional masyarakat Orang Ulu dari Borneo) dan juga merupakan wanita pertama untuk membuat persembahan dan mengajar sape secara professional. Belajar bermain sape dari Masters of Sape iaitu Mathew Ngau Jau dan Salomon Gau. Beliau meriliskan EP pertama beliau ‘Flight‘ pada tahun 2016, di mana EP tersebut adalah interpretasi lagu-lagu traditional dari kaum Kelabit dan Kenyah. Beliau juga pernah melakukan persembahan di festival-festival muzik antarabangsa seperti SXSW, Colors of Ostrava, Paris Fashion Week, Rudolstadt Festival, OzAsia Festival dan Rainforest Music Festival. Alena juga merupakan wakil belia di Forum Pemuda UNESCO di Paris dan UNESCO Asia-Pasifik, untuk karya-karya beliau dalam warisan kebudayaan. Pada April 2021 lepas, Alena Murang telah di calonkan untuk International Indigenous Artist-Group Recording of the Year di Summer Solstice Indigenous Music Awards Canada.
“Kami berasal dari keturunan barisan pahlawan dari suku bangsa Dayak Kelabit dan moyang saya iaitu Balang Nganud di kenali dikalangan komuniti kami sebagai ‘Sang Harimau yang melayang kepala musuh’. Walaupun kami tidak mengamalkan praktis tersebut lagi, tetapi saya yakin, ramai rakyat Malaysia dan komuniti-komuniti lain di seluruh dunia dapat mengaitkan semangat pahlawan yang datang dari budaya dan adat masing-masing melalui muzik ini.” ujar Alena.

Menurut Sarah Lois Dorai, pengarah untuk muzik video ‘Warrior Spirit’, “Kami percaya dengan hanya mengambil sedikit idea dan bagi ia ruang untuk berkembang, nescaya ia akan membesar menjadi sesuatu yang berpotensi dan bernilai.” Beliau juga menambah, “kontribusi dari setiap krew produksi untuk muzik video ini yang pada mulanya berkonsepkan tarian video, telah berkembang menjadi penyataan visual identiti dan budaya.” Muzik video ini mengambil masa setahun untuk disiapkan.
Bandmate Alena di dalam muzik video ini adalah Joshua Maran, Jonathan Wong Ketshin, Herman Ramando dan Jimi Chong. Muzik video ini juga berkonsepkan bunyi-bunyian Sape yang di adun dengan pengaruh dari muzik rock.

Checkout muzik video terbaru dari Alena Murang ‘Warrior Spirit’ dibawah. Jangan lupa like, subscribe dan share! ;