Deck Zeak, seorang penyanyi muda berusia 25 tahun ini baru sahaja meriliskan single terbaru beliau “More” di beberapa platform streaming seperti YouTube, Spotify dan Apple Music.
Sedikit info mengenai Deck Zeak. Beliau mula bermain muzik semenjak di awal usia 15 tahun dan pernah berkongsi pentas bersama Sasha Ningkan ketika perlancaran Borneo 744 dan Fhelora di acara Global Village di University Malaysia Sarawak (UNIMAS). Beliau juga merupakan ketua band untuk kumpulan The Fingerprints yang pernah menjadi juara untuk Kuching Waterfront Jazz Festival (KWJF) 2019.
Beliau mempunyai minat dalam pelbagai jenis genre muzik seperti Hip-Hop, Punk-Rock, Jazz, R&B, Metal dan muzik Classical. Dengan kelebihan dalam pernah bermain pelbagai genre muzik, beliau telah menjumpai minat baru dalam membuat muzik dari bilik tidur dan berexperimentasi dengan pelbagai jenis genre.
Dengan rilisan single terbaru beliau ‘More’, ini merupakan langkah seterusnya dalam perjalanan Deck Zeak untuk terus menerokai muzik dan seni susunan muzik. Lagu ini merupakan tentang cinta dan hubungan intim yang juga merupakan isyarat tanda cinta untuk teman sejiwa. Bagi Deck Zeak, cinta boleh diluahkan dalam pelbagai bentuk sama ada dari kata-kata dan dapat dirasai dengan lebih mendalam lagi melalui sentuhan fizikal.
Mixing dan mastering lagu ini dibuat oleh rakan producer beliau iaitu BernTheHouse. Mereka telah bekerjasama sejak tahun 2019.
Checkout single terbaru lirik video ‘More’ daripada Deck Zeak! Jangan lupa like, subscribe dan share!