Rapper duo Ejump dan Fxzz telah meriliskan sebuah lirik video ‘Banzai III‘ yang boleh di tonton melalui channel YouTube Redteam Music. Lagu ini di produce dan di mix & master oleh Muizz Beats Music. Rekoding untuk lagu ini pula di buat di tempat Muizz sendiri dan tempat Fxzz.

Menurut hebahan akhbar yang dihantar kepada kami untuk lagu ini, lagu Banzai III ini adalah berkenaan tentang apa yang berlaku di dalam scene Hip-Hop lokal di sekitar beberapa daerah di Sarawak kebelakangan ini. Konsep lagu ini adalah lebih kepada ‘pengulas berita‘ dan bukanlah ‘Disstrack‘ untuk sesiapapun. Lirik lagu ini di tulis sepenuhnya oleh Awang Hannyezam dan Fazwandy Fazree. Sebelum ini, Ejump telah pun membuat lagu Banzai 1 dan Banzai 2 pada tahun 2022 dan 2023 dengan kolaberasi bersama rapper dari semenanjung, iaitu B-Bad.

Lagu ini mengambil masa selama sebulan untuk disiapkan kerana kedua-dua Ejump dan Fxzz melakukan prosess rakaman di tempat yang berlainan, dengan Ejump berada di Sibu, Sarawak, manakala Fxzz pula bertempat di Kuching, Sarawak. Muizz Beats Music, iaitu producer kepada lagu ini juga merupakan producer untuk sebuah kolektif Hip-Hop dari Sri Aman Sarawak iaitu Sauhh Familia. Beliau merupakan producer yang versatile kerana boleh membuat beat dalam pelbagai genre dari Phonk, Boom Bap, Trap, R&B dan banyak lagi.

Kami berharap agar lagu ini dapat diterima oleh semua pihak dan berharap agar tiada sesiapa yang terasa kerana lagu ini adalah sepenuhnya bukan ‘Disstrack’ mahupun ‘Sneak Diss’. – Kata Ejump melalui hebahan akhbar untuk lagu ini.

Jangan lupa untuk dengar lagu Banzai III di platform YouTube dan jangan lupa juga untuk like dan subscribe page ini!