Kumpulan Indie-Pop Viceroyz Rilis Album Debut ‘2ROYZ.FM’
Kumpulan Indie-Pop Viceroyz telah meriliskan debut album mereka iaitu ‘2ROYZ.FM‘ dan boleh di dapati dalam bentuk fizikal dan di setiap streaming platform. Terdapat 9 buah lagu di dalam album ini dan album ini di producekan oleh Denil Hise dan juga di mix & master sepenuhnya juga oleh Denil Haise di Viceroom Studio. Lirik lagu di dalam album ini di tulis oleh Nick Nebles dan Max Munan.
Sedikit info mengenai band ini, Viceroyz berasal dari Kota Samarahan, Sarawak dan di tubuhkan pada tahun 2018. Mereka terdiri daripada 5 orang anak muda iaitu Nick untuk posisi vokal dan gitar, Mike di bahagian gitar, Steve di bahagian bass, Denil di bahagian keyboard/synth dan Chris untuk posisi bahagian drum. Nama band mereka adalah sumber inspirasi daripada rokok buatan America iaitu Viceroy, cuma tambah ‘Z’ sahaja di hujung nama sebagai simbol di mana setiap ahli kumpulan band ini adalah terdiri daripada Generasi-Z. Juga sebagai simbol bahawa mereka membawa muzik yang mewakili generasi mereka baik dari segi muzik, gaya, dan juga intipatinya yang tersendiri.
Apa yang menariknya tentang band Viceroyz adalah pembawaan muzik mereka yang berani dalam menerokai pelbagai genre dari Dance, Indie, dan Synth-Pop. Viceroyz menggelar muzik yang mereka bawa ini sebagai ‘Dis-Pop‘. Oleh itu, jika anda ingin menerokai dunia Viceroyz, boleh lah dapatkan album 2ROYZ.FM ini atau dengar album ini di setiap streaming platform yang ada.