Itu lah yang tertara dekat post Facebook Official band Dirgahayu. Sebuah band berasal dari Kuala Lumpur yang membawa muzik ala Math Rock. Atau pun Post-Rock. Ataupun Experimental. Kita pun tak pasti. Menurut page Dirgahayu di ruangan about, terpulang lah kepada pendengar bagaimana mereka hendak label genre yang di mainkan oleh mereka. Sebab meraka bermain muzik sebab mereka suka akan muzik dan suka akan sound-sound yang tertentu.
Baru-baru ini, di posting terkini Dirgahayu, mereka telah mengumumkan bahawa Zulhezan(Drums/Guitar), telah menarik diri dari Dirghayu untuk komit dengan kerjaya beliau. Ini juga bemaksud, Dirgahayu tidak akan bermain untuk show mereka yang seterusnya di Kuching/Sarawak bertempat di Borneo 744. NOOOOO! Ramai peminat Dirgahayu di Sarawak sudah tidak sabar nak melihat Dirgahayu beraksi kembali di pulau Borneo selepas melihat mereka live di Rocktoberfest Borneo di Miri. Waktu itu juga lah mereka telah mula mendapat ramai peminat-peminat baru yang telah jatuh cinta dengan keunikan muzik yang di bawa oleh Dirgahayu. Status Dirgahayu sekarang pun kita masih tidak pasti. Mungkin mereka on hiatus? Ataupun mungkin Dirgahayu sudah officially tak ada?(NOOOOOO!!) Let’s hope for the best.
Sebab sayang sekali andai kata kalau diorang sudah tak ada. Sebab Dirgahayu merupakan salah sebuah band tempatan yang agak power dan kita perlukan band seperti Dirgahayu untuk terus mewarnai industri muzik kita. Walaupun diorang tak lah sebesar seperti Bunkface ataupun Hujan. Akan tetapi, kehadiran mereka sahaja sudah cukup untuk memberi pesanan kepada industri muzik Malaysia bahawa, kita ada banyak band tempatan yang power. Jangan lupa dan jangan endahkan bakat-bakat muzik yang ada di Malaysia!
Setakat ini belum ada pengumuman rasmi daripada pihak penganjur akan siapa yang akan mengganti tempat Dirgahayu pada 20 Januari 2018 nanti. Sama-sama kita nantikan dekat page event Wildhorse Presents Noise of Borneountuk pengumuman yang selanjutnya. Kepada siapa-siapa yang masih belum mendapat tiket pada 20 Januari 2018 nanti, boleh lah dapatkan nya di ;
Sanjuro cafe jalan padungan
Sameng(clokwise)+60 14-696 2600 bandarbaru
Syukri kpg lintang +60 11 3334 0704
Akmal itb kpg tanjung +60 12 849 5407
Alvin human energy Batu 3 jalan keretapi +60 12 895 0506
Civic Centre Skateboarding Club (CISKA) sekali dengan kolaberasi bersama School of Skateboarding (SOS) dan HOMER telah menganjurkan pertandingan Skater of the Year (S.O.T.Y) & CISKA Skateboarding League(CSL) 2017 Grand Finale pada 31 December 2017 yang lepas bertempat di Borneo 744.
(Poster lama. Event di pindah ke B744 sehari kemudian di sebabkan masalah cuaca)
CSL 2017 merupakan acara bulanan sukan Skateboard yang di anjurkan oleh CISKA yang di lakukan sebulan sekali dalam tempoh satu tahun. Setiap bulan, skateboarders akan bertanding dalam kategori BEST/LINE ataupun dalam A Game of S.K.A.T.E untuk melayakkan diri ke top-10 untuk bulan-bulan berikutnya sehingga lah ke grand finale yang di adakan pada hujung tahun December 2017 di mana pemenang membawa pulang gelaran Grand Champion dan Grandprize untuk CSL 2017. Bagi pemenang untuk Skater of the Year, Best Rookie, dan Video of the Year 2017pula adalah berdasarkan undian daripada skaters-skaters tempatan.
Champion – Gavin Jordan Nuek
1st Runner up – Ezra Syah
2nd Runner up – Ezmith Syah
Gnarliest Skater 2017 – Agung Ramaahdan
Skater of the Year – Ezra Syah
Best Video – Gavin Jordan Nuek
Rookie of the year – Wan Azizi
Menurut En Clifton secretary untuk CISKA dan juga merupakan orang lama dari generasi terawal di dalam scene sukan Skateboard di Kuching, “biasanya para skateboarders ni bila bermain dengan kawan-kawan, macam-macam teknik yang hebat dan dahsyat kita dapat lihat. Sangat mengkagumkan. Tetapi bila mereka berada di dalam pertandingan, segala kehebatan itu seolah-olah kabur. Kami membuat pertandingan sebegini setiap bulan adalah untuk menggalakkan para skateboarders dan berharap mereka sebagai peminat sukan ekstreme untuk mencabar diri mereka ketika berada dalam tekanan pertandingan. Dengan cara ini, mereka akan dapat membiasakan diri dengan suasana pertandingan dan pada masa yang sama dapat menajamkan lagi focus dan semangat mereka ketika bermain sukan ekstreme.”
En Farouk, president untuk CISKA juga menambah, “waktu kami sudah berlalu. Saya pun sudah tua dan saya tak dapat lagi nak skate macam waktu muda-muda saya dahulu. Jadi kami (bersama dengan skaters-skaters generasi pertama di Kuching) pun menubuhkan CISKA untuk mencungkil bakat-bakat baru di dalam scene skateboarding dan membantu mereka agar mereka dapat menjadi juara dan menyertai lebih banyak pertandingan sukan skateboard dan bukan hanya yang di anjurkan oleh CISKA sahaja.”
En Farouk juga menyatakan mereka berharap dapat membina/renovate skatepark yang baru yang kini berada di Civic Centre dan berharap akan mendapat sokongan daripada pihak-pihak korporat dan kerajaan dalam menaja initiatif yang bagus ini untuk anak-anak muda. Ini adalah kerana kos perbelanjaan menurut En Farouk boleh menelan belanja sehingga Rm12 juta dan skatepark yang sedia ada sekarang akan di perbesarkan dan akan ada penambahbaikan.
Yang akan membina skatepark baru ini adalah kumpulan Convicdari Australia. Mereka merupakan pakar di dalam membuat beberapa skatepark berkualiti tinggi di dunia dan mereka telah melakukan sebanyak 700 space untuk komuniti di seluruh dunia. Berikut merupakan gambar-gambar skatepark yang telah di bina oleh Convic.
Alexandra Headland Skate Park QLD, Australia
Holborn Skate Plaza, Wollongong NSW, Australia
Valonia Skate Park Auckland, New Zealand
X-Dubai Kite Beach Dubai, UAE
SMP Skatepark Shanghai China
Singapore National Extreme Sport Park East Coast Park, Singapore
Pergh! Menarik. Tak sabar rasa nya nak tengok skatepark baru di Kuching. Ternyata a lot is happening around the youth scene di tempat kita. Cuma mereka memerlukan perhatian yang lebih dari pihak media dan juga sosial. Ya la, takkan la setiap kali bukak media sosial kalau tengok viral pages keluar berita mesti berita jenayah, politik yang entah apa-apa, masalah sosial dan etc etc. Semua berita NEGATIVE. Sebab tu la netizen kita pun jadi negative dengan di suapkan dengan berita-berita negative. Why not pada masa yang sama, selain berita-berita negative, kita focus juga dengan perkara yang lebih menguntungkan dan sudah pastinya lebih positif dalam perkembangan sosial, lebih-lebih lagi untuk anak-anak muda kita kan? Mereka pun boleh juga bergaul dan berkongsi pengalaman dengan mereka yang sudah lama dalam scene. Dapat mengeratkan silaturahim dari generasi yang berbeza yang mempunyai minat yang sama. EXTREME SPORTS!
Gavin, skateboarders yang telah menang 3 kategori iaitu Monthly Winner, Grand Finale Champion dan Best Video of the Year. Beliau juga merupakan juara bertahan yang memegang gelaran Skater of the Year 2016, dan untuk tahun 2017 pula posisi itu telah di ambil alih oleh Ezra pula sebagai pemenang baru untuk Skater of the Year 2017. Ezra merupakan 1st runner up untuk Monthly Winner, dan 1st Runner Up untuk Grand Finale Champion.
Gavin pemenang keseluruhan kategori 2017 telah mula terlibat dalam sukan skateboard sejak dia dari sekolah rendah dan of course, game Tony Hawk. Abang dia juga merupakan pengaruh utama minat dia terhadap sukan skateboard ini timbul. Gavin juga merupakan skaters yang di taja oleh Unloving Co, Homer Skateshop, dan Spoil Devil Skateboard.
Ezra runner up dan pemenang untuk Skater of the Year 2017, mula bermain bersama adik beliau Ezmit. Beliau juga telah di taja oleh Homer Skateshop, Sk8Saok, dan BED.CO. Beliau juga meminta agar para peminat sukan ekstreme dan mereka yang ingin tahu tentang Skateboarding culture boleh check out brand-brand skateboard lokal yang lain seperti Sk8Saok, Hensemco, THA INSTITUDE, SPOIL DEVIL SB dan BED.CO.
Ezra (kiri) dengan adik dia Ezmit (Sumber gambar CISKA Facebook)