Featured

Lepak Petang di Sesi Mendengar Vinyl bersama Dj/Selektor Edycted di Rakta Dhatu Tattoo Studio

VIBIN’ by Lek. dan Rakta Dhatu akan menganjurkan sesi mendengar muzik vinyl secara exclusif iaitu ‘Lowtide Session‘ bertempat di Rakta Dhatu Tattoo Studio pada 22 Jun 2025 (Ahad) dari jam 5.00pm hingga 7.00pm. Sesi ini menampilkan seorang Dj dan selektor dari Kuala Lumpur; Edycted.

Edycted

Edycted dikenali dengan set Techno nya, tetapi kali ini Edycted akan tampil dengan sisi yang berbeza seperti House dan Disco menerusi set vinyl nya yang sendiri. Sesi yang akan dianjurkan di Rakta Dhatu Tattoo Studio ini juga merupakan sebuah ruang yang dibalut dengan visual dan koleksi seni yang unik, dan berdekorasi dengan elemen yang antik.

Rakta Dhatu Studio

Kemasuka ke Lowtide Session ini adalah percuma dan para pengunjung juga boleh menikmati kopi, mocktail serta pilihan kuih-muih tempatan yang dikurasi bagi melengkapkan sesi santai pada petang tersebut. Menurut hebahan akhbar yang di hantar untuk acara ini, ‘Matlamat acara ini adalah untuk mewujudkan ruang yang memberi fokus kepada pendengaran secara sedar, pertukaran idea kreatif, dan membina komuniti—sebuah pengalaman audio yang dibalut dengan seni dan suasana yang mendalam.

Terletak di jantung bandar Kuching, Rakta Dhatu Studio buka sekadar studio tatu. Ia merupakan sebuah ruang misteri yang penuh dengan jiwa dan tradisi Borneo bertembung dengan seni moden di dalam suatu suasana yang mesra, terbuka dan selesa. Setelah ditubuhkan sejak empat tahun dahulu, studio ini juga berfungsi sebagai sebuah ruang seni kreatif yang terbuka. Mereka menyambut para pelukis, pemuzik, pereka dan pencipta dari pelbagai cabang seni untuk sama-sama berbincang dan berkolaberasi dari seni lukisan, muzik, reka bentuk moden dan sebagainya. Studio ini juga memberi peluang kepada pelbagai bentuk ekspresi seni.