Band Alternative/Indie-Rock ‘Ethnic Transmissions Rilis MV ‘Api & Bunyi’
Band yang membawakan genre aliran Alternative/Indie-Rock Ethnic Transmissions telah meriliskan MV terbaru mereka iaitu “Api & Bunyi” dan boleh ditonton di platform youtube dan di dengari di setiap streaming platform seperti Spotify, YouTube Music, Apple Music dan sebagainya.
Konsep muzik video ini adalah video persembahan berbilang kamera dan di rakam hanya sehari sahaja di Think & Tink Kuching. Lagu ini dirakam sepenuhnya di studio rumah Ethnic Transmissions sendiri dan muzik video pula adalah di buat sepenuhnya oleh Maclicious.
Menurut Mac yang juga merupakan vokalis/gitaris untuk band Ethnic Transmissions, “Kami harap dengan rilisnya muzik video ini, kami dapat mencapai lebih banyak penonton dengan lebih luas dan dapat memecahkan stereotaip tentang bagaimana muzik kontemporari Dayak nampak dan bunyi.“
Sedikit info mengenai band Ethnic Transmissions, mereka ditubuhkan pada tahun 2004 dan telah meriliskan satu EP pada tahun 2005 dan satu album pada tahun 2010. Lagu-lagu mereka juga kebanyakannya adalah didalam bahasa Iban. Semenjak penubuhan mereka pada tahun 2004, Ethnic Transmission telah dianugerahkan dengan ‘Penyanyi lelaki baru terbaik‘ pada tahun 2008 kerana pada ketika itu, kategori anugerah untuk kugiran(band) masih belum wujud lagi.
Ethnic Transmissions juga pernah mendapat pencalonan untuk kategori ‘Anugerah Juara Lagu Rentak Ruai (Cats FM)’, ‘Anugerah Carta Sapa Juara(RTM)’ dan pada tahun 2010, album mereka mendapat 4 daripada 5 bintang di majalah ROTTW. Pengaruh muzik band Ethnic Transmission pula adalah dari band-band seperti Third Eye Blind, Gin Blossoms, Ash, Def Leppard, Taking Back Sunday, The Fray, New Frontiers, Jimmy Eat World, Smashing Pumpkins, The Killers, Foo Fighters, The Ataris, Mew dan yang sewaktu dengan nya.
Ahli band Ethnic Transmissions adalah terdiri daripada Macmillan Jua(vokal & gitar), Emmanuel Radin(gitar), Kelly Gap(Bass), Dennis J. Fraude(keyboard) dan David B. Jacques(drum). Jangan lupa untuk tonton muzik video daripada Etnic Transmissions berjudul “Api & Bunyi” dan jangan lupa juga untuk like, subscribe dan share di setiap platform media sosial anda!