Tag

Jon Kennedy

New Release

‘Dont Tell Me’ MV Terbaru dari Penyanyi Indie-Pop Jon Kennedy

Artis Indie-Pop, Jon Kennedy telah meriliskan sebuah muzik video(mv) terbaru untuk single beliau berjudul ‘Don’t Tell Me‘, yang boleh di dengar di setiap platform muzik streaming dan di tonton di YouTube. Lagu ini di tulis dan di compose sendiri oleh Jon Kennedy, di mix & master oleh Aerron Teo dan mv ini pula di buat oleh Airol Aziq.

Lagu ‘Don’t Tell Me‘ ini adalah tentang perasaan patah hati yang di lindung dengan perpisahan yang lembut. Menurut hebahan akhbar yang di hantar untuk lagu ini, lagu ini adalah berkenaan apabaila kita melihat seseorang yang kita pernah cintai pada suatu ketika dahulu kerap kali cuba untuk datang kembali. Tapi bukan sebab mereka masih ada perasaan cinta terhadap kamu, tetapi disebabkan ada perasaan sakit yang mereka rasa untuk apa-apa sebab. Manakala untuk diri anda pula, anda akhirnya sudah bersedia untuk melepaskan si-dia.

Menurut Jon Kennedy, lagu ini bukan lah tentang cerita dia secara peribadi. Akan tetapi lagu ini adalah tentang kawan beliau yang pada ketika itu sedang berhadapan dengan perpisahan yang sakit ya amat. Inspirasi untuk membuat lagu ini terjadi apabila Jon Kennedy tengah lepak dengan kawan beliau yang ketika itu yang baru sahaja terlibat dengan perpisahan dengan teman wanita beliau(ex) dengan cara yang kejam. Namun perempuan tersebut masih tetap cuba untuk merapatkan diri dengan lelaki itu dan lelaki itu juga masih juga tetap berada di samping wanita tersebut, walaupun perasaan sakit itu masih ada.

Kata Jon Kennedy lagi, walaupun bukan dia yang terlibat di dalam kisah percintaan dan perpisahan yang di ceritakan dalam lagu ini, namun disebabkan pengalaman ini dilalui oleh kawan beliau, Jon sendiri dapat sedikit sebanyak merasai kesakitan tersebut. Maka dengan itu, terciptalah lagu ‘Don’t Tell Me‘ ini, yang di inspirasi daripada kisah perpisahan dalam percintaan dari kawan kepada Jon Kennedy.

Tambahan Jon Kennedy, “Saya menghayati kesakitan itu, membentuknya, dan menghidupkan cerita itu dengan satu-satunya cara yang saya tahu, dengan mengubahnya menjadi lagu. Perasaan itu kemudiannya menjadiDon’t Tell Me.

Tontonlah mv terbaru dari Jon Kennedy iaitu ‘Dont Tell Me‘ dan jangan lupa untuk like, subscribe dan share!

New Release, News

LostBoy feat Jon Kennedy Rilis MV “Comeback”

Penyanyi yang memainkan genra berirama Indie-Pop, LostBoy dan Jon Kennedy telah meriliskan muzik video “Comeback” dari debut album LostBoy iaitu ‘BITTERSWEET‘ yang boleh didapati di setiap streaming platform (Spotify, YouTube Music, Apple Music, etc-etc).

Kedua-dua artist ini memainkan genre berirama Indie-Pop dan berasal dari Kuching Sarawak. Lagu ini di produce sepenuhnya oleh LostBoy; dari beat, vokal, mixing dan mastering lagu. Muzik video Comeback ini pula di produce oleh Red Altair Records(RAR) dan di arahkan oleh Fex, yang juga merupakan founder kepada RAR yang dibantu oleh co-founder beliau iaitu Rommi. Muzik video ini pula di rakam sepenuhnya di sekitar kawasan Kuching Sarawak dan apa yang menariknya, muzik video ini di shoot menggunakan iPhone sahaja.

LostBoy
Jon Kennedy

Terdapat 5 lokasi utama yang digunakan untuk muzik video ini seperti di pantai, rumah persinggahan, tempat letak kereta atas bumbung, taman rekreasi dan bilik hotel. Muzik video ini menceritakan tentang kisah cinta LostBoy dan Jon Kennedy yang di selubungi patah hati, hubungan toksik, dan sebagainya. Muzik video ini juga memaparkan influencer iaitu Mag Johari dan peminat LostBoy iaitu Lyla.

Tonton MV ‘Comeback‘ di channel youtube LostBoy dan jangan lupa untuk like, subscribe dan share!