New Release, News

Tayangan Perdana MV ‘Kining Posah’ oleh Meruked di Star On Stage

Sebuah band yang memainkan irama Tradisional Contemporary Meruked akan meriliskan single dan muzik video(mv) terbaru mereka iaitu ‘Kining Posah‘. Meruked merupakan sebuah band yang berasal dari Kuching Sarawak dan terdiri daripada 6 orang anak muda iaitu Gideon Langub Pasen (Sape), Abdul Farouq Mousthofa (gitar akustik), Mohammad Athif Azfar (bass), Syafiq Harzmi (percussions), Titus Ron Andrew (percussions), dan Syed Ashraf Edruce (penyanyi utama, gitar elektrik dan floor tom).

Kining Posah adalah dari bahasa Bidayuh Bau dan apabila di terjemahkan ke bahasa Malaysia adalah bermaksud jernih. Lagu Kining Posah menceritakan tentang bagaimana apabila seseorang itu berada di fasa kehidupan yang tidak stabil telah membentuk perspektif baru tentang kehidupan dan apabila cabaran tersebut berjaya di tempuhi, seseorang individu itu akan mempunyai keupayaan yang dia tidak pernah sangka dia ada sebelum ini. Dengan itu, seseorang individu tersebut akan dapat dan mampu untuk bangkit semula dan mampu untuk memulakan semula kehidupan baharu dengan dengan lebih positif dan kuat. Untuk mengambarkan maksud lagu ini di lansa mata, Meruked telah menghasilkan sebuah muzik video untuk lagu ini agar para pendengar akan dapat lebih menghayati dan menggambarkan apa yang hendak di sampaikan melalui lagu ini.

Menurut Syed Ashraf, sebagai pemuzik, outlet untuk mencipta dan mengekspress adalah penting didalam seni penulisan lagu. Tambahan beliau lagi, “Ini adalah contoh terbaik untuk kita menggunakan platform ini untuk kita tunjukkan kepada orang apa yang kita dapat buat.” Juga sebagai tambahan, menurut article-19 oleh Pertubuhan Hak Asasi Manusia Antarabangsa yang juga merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kebebasan meluahkan pendapat dan bersuara adalah termasuk dalam kebebasan untuk meluahkan pendapat tanpa campur tangan dari mana-mana pihak berkuasa serta kebebasan untuk menggunakan media bagi menyuarakan pendapat tanpa ada sekatan dari mana-mana pihak. Sarawak Women For Women Society, HAUS Kuching dan juga Meruked merupakan antara pihak-pihak yang terlibat di dalam kempen untuk memerangi tuturan kebencian (hate speech) dan mereka telah berkolaberasi dengan kedutaan Canada di dalam pelbagai konteks untuk perjuangan ini.

Perlancaran mv ini akan dilakukan di Star On Stage, bersebelahan dengan kedai makan Kopicut bermula pada jam 2:30pm. Meruked juga ingin mengucapkan terima kasih untuk ARTICLE-19, Canada Fund for Local Initiative dan juga High Commission of Canada di Malaysia kerana turut membantu di dalam menjayakan penghasilan mv untuk Kining Posah.